DUNIA
Marwan Barghouti - Tokoh Palestin yang masih dipenjara, simbol penyatuan dan penentangan
Marwan Barghouti (tengah) kekal sebagai simbol perpaduan nasional Palestin dan penentangan terhadap pendudukan Israel walaupun telah lebih dua dekad dipenjara. -Gambar fail/Reuters
RAMALLAH: Marwan Barghouti, tokoh politik Palestin yang kini dipenjara di Israel, terus menjadi simbol perpaduan nasional dan penentangan terhadap pendudukan Israel, meskipun telah lebih dua dekad berada di sebalik tirai besi.
Ringkasan AI
Dilahirkan pada 6 Jun 1959 di Kobar, Tebing Barat, Marwan menyertai gerakan Fatah ketika remaja dan dilantik sebagai ketua Fatah di wilayah itu pada 1994.
Beliau dikenali kerana keupayaannya menyatukan pelbagai fraksi politik Palestin serta memperjuangkan penyelesaian dua negara, lapor Al Jazeera.
Pada 2002, Marwan ditahan oleh pihak berkuasa Israel dan dijatuhi hukuman lima penjara seumur hidup atas tuduhan berkaitan serangan bersenjata yang mengorbankan lima nyawa.
Marwan enggan membela diri di mahkamah, menyatakan bahawa beliau tidak mengiktiraf bidang kuasa Israel dan menegaskan sokongannya terhadap penentangan bersenjata yang tidak menyasarkan orang awam.
Walaupun dipenjarakan, Marwan kekal aktif dalam politik Palestin dan merupakan antara penggubal utama Dokumen Tahanan Palestin 2006, yang menyeru kepada penubuhan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan 1967 serta mengehadkan penentangan kepada sasaran ketenteraan.
Nama Marwan kembali disebut dalam rundingan pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas, apabila Hamas dilaporkan menuntut pembebasan beliau sebagai sebahagian daripada perjanjian yang melibatkan ratusan tahanan Palestin dan tebusan yang ditahan di Gaza.
Namun, kerajaan Israel menolak permintaan tersebut dengan menyatakan bahawa Marwan merupakan “ancaman strategik” kerana popularitinya yang tinggi dan potensi untuk mencabar kepimpinan sedia ada.
Pemerhati politik menyifatkan Marwan sebagai “Mandela Palestin” — seorang pemimpin yang walaupun dipenjara, kekal menjadi simbol harapan dan perpaduan bagi rakyat Palestin.
Tinjauan pendapat menunjukkan beliau kekal sebagai calon paling popular untuk memimpin Palestin sekiranya pilihan raya diadakan.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Marwan Barghouti kekal sebagai simbol perpaduan nasional Palestin dan penentangan terhadap pendudukan Israel walaupun telah lebih dua dekad dipenjara.
- Beliau menjadi tumpuan dalam rundingan pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas, namun ditolak oleh Israel yang menganggapnya sebagai ancaman strategik.
- Popularitinya sebagai calon pemimpin Palestin terus meningkat, dengan ramai pemerhati menyifatkan beliau sebagai 'Mandela Palestin' kerana pengaruh dan perjuangannya.
Dilahirkan pada 6 Jun 1959 di Kobar, Tebing Barat, Marwan menyertai gerakan Fatah ketika remaja dan dilantik sebagai ketua Fatah di wilayah itu pada 1994.
Beliau dikenali kerana keupayaannya menyatukan pelbagai fraksi politik Palestin serta memperjuangkan penyelesaian dua negara, lapor Al Jazeera.
Pada 2002, Marwan ditahan oleh pihak berkuasa Israel dan dijatuhi hukuman lima penjara seumur hidup atas tuduhan berkaitan serangan bersenjata yang mengorbankan lima nyawa.
Marwan enggan membela diri di mahkamah, menyatakan bahawa beliau tidak mengiktiraf bidang kuasa Israel dan menegaskan sokongannya terhadap penentangan bersenjata yang tidak menyasarkan orang awam.
Walaupun dipenjarakan, Marwan kekal aktif dalam politik Palestin dan merupakan antara penggubal utama Dokumen Tahanan Palestin 2006, yang menyeru kepada penubuhan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan 1967 serta mengehadkan penentangan kepada sasaran ketenteraan.
Nama Marwan kembali disebut dalam rundingan pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas, apabila Hamas dilaporkan menuntut pembebasan beliau sebagai sebahagian daripada perjanjian yang melibatkan ratusan tahanan Palestin dan tebusan yang ditahan di Gaza.
Namun, kerajaan Israel menolak permintaan tersebut dengan menyatakan bahawa Marwan merupakan “ancaman strategik” kerana popularitinya yang tinggi dan potensi untuk mencabar kepimpinan sedia ada.
Pemerhati politik menyifatkan Marwan sebagai “Mandela Palestin” — seorang pemimpin yang walaupun dipenjara, kekal menjadi simbol harapan dan perpaduan bagi rakyat Palestin.
Tinjauan pendapat menunjukkan beliau kekal sebagai calon paling popular untuk memimpin Palestin sekiranya pilihan raya diadakan.

#Marwan Barghouti
#simbol perpaduan nasional Palestin
#penentangan terhadap pendudukan Israel
#ancaman strategik
#Mandela Palestin