DUBAI: Sejak kebelakangan ini, cetakan 3D telah digunakan untuk membina pelbagai objek dan struktur termasuk rumah serta jambatan.
Kini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula merancang untuk membina masjid cetakan 3D pertama di dunia.
Ketua jurutera Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal Dubai (IACAD), Alhalyan Alsuwaidi berkata, struktur setinggi dua tingkat yang meliputi 2,000 meter persegi itu boleh memuatkan kira-kira 600 jemaah.
“Ia akan dibina menggunakan campuran konkrit. Projek tersebut dijadualkan bermula menjelang akhir tahun ini dan dijangka siap pada suku pertama 2025,” ujarnya.
Menurutnya, cetakan 3D dipilih kerana ia adalah teknologi baharu dan inovatif serta berpotensi menjimatkan masa dan sumber berbanding kaedah pembinaan tradisional.
Difahamkan, pembinaan struktur menggunakan pencetakan 3D memerlukan mesin pencetak besar yang diprogramkan dengan maklumat reka bentuk.
Sebahagian besar struktur cetakan 3D dihasilkan daripada konkrit, namun ia boleh mencetak menggunakan bahan lain seperti tanah liat.
Dubai juga berhasrat untuk menjadi ‘ibu kota cetakan 3D’ di dunia.
Pada 2018, ia melancarkan ‘Strategi Pencetakan 3D’ yang merancang 25 peratus pembinaan struktur baharu dihasilkan menggunakan teknologi tersebut menjelang 2030.
Kira-kira setahun selepas itu, ia mencipta rekod dunia apabila berjaya membina Majlis Perbandaran Dubai setinggi 9.5 meter di kawasan seluas 640 meter persegi menggunakan cetakan 3D.
Selain itu, bandar berkenaan turut membina pejabat cetakan 3D pertama di dunia dan makmal penyelidikan yang dibangunkan menggunakan teknologi sama.
Struktur cetakan 3D kini semakin berkembang di seluruh dunia seperti pusat penempatan pelarian di Jordan dan kemudahan untuk golongan gelandangan di Austin, Texas di Amerika Syarikat (AS).
Dekan Jabatan Alam Binaan di Eindhoven University of Technology di Belanda, Theo Salet turut menyokong langkah pemodenan industri pembinaan melalui teknologi seperti cetakan 3D.
“Reka bentuk dan pembinaan digital akan menjimatkan masa serta mengurangkan kos. Ia juga dapat menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh dan pekerja mahir. Peralihan ini boleh menjadikan industri pembinaan lebih mampan,” jelasnya. - Sinar Harian memetik laporan agensi
Sinar Harian
Fri May 05 2023
Projek pembangunan masjid cetakan 3D pertama di dunia akan bermula menjelang akhir tahun ini. - Foto agensi
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu.
Niaga AWANI: Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Niaga AWANI: FBM KLCI mencapai paras tertinggi walaupun ditengah cabaran Ringgit
Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat sebanyak 8.28% walaupun nilai matawang menurun sebanyak 3.79% berbanding dollar Amerika Syarikat (AS). Adakah trend ini akan berterusan sehingga bulan Mei akan datang? Kupasan lanjut bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Masjid cetakan 3D pertama di dunia
Struktur setinggi dua tingkat yang meliputi 2,000 meter persegi itu boleh memuatkan kira-kira 600 jemaah.