awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid mesra kanak-kanak semakin dapat perhatian di Turkiye

Agensi
Agensi
20/04/2023
13:47 MYT
Masjid mesra kanak-kanak semakin dapat perhatian di Turkiye
Selepas solat Terawih, kanak-kanak dijemput bermain dengan Imam bagi menanam rasa selesa mereka untuk berkunjung ke masjid. - Facebook Mohamed kamal
ANKARA: Sebelum ini, masjid mesra kanak-kanak dan wanita tidak begitu biasa di seluruh Turkiye. Banyak masjid dahulu menyediakan tempat berjemaah yang sempit dan terpencil untuk wanita dan tiada tempat khusus untuk kanak-kanak.
Ini kerana lebih ramai lelaki menggunakan masjid dan mendapat keutamaan, manakala keperluan wanita dan kanak-kanak diabaikan.
Tetapi generasi muda berpendapat bahawa masjid sepatutnya boleh diakses secara sama rata oleh semua.
Di Turkiye, selepas solat Tarawih, kanak-kanak dijemput bermain dengan Imam bagi menanam rasa selesa mereka untuk berkunjung ke masjid. Malah di beberapa masjid baharu, taman permainan diwujudkan di masjid. Jika masjid tidak mempunyai tempat bermain di dalam, ia disediakan di luar masjid.
Satu ruang khas juga disediakan, di mana kanak-kanak bebas melakukan apa sahaja di dalam masjid tanpa membahayakan atau dianggap menceroboh. Ia bagi menimbulkan rasa bahawa masjid adalah milik mereka dan dianggap seperti rumah, memberikan rasa sayang kepada masjid.
Sebagai contoh, keluarga yang mengunjungi Masjid Ahmet Akseki untuk solat Tarawih kini boleh membiarkan anak-anak mereka bermain di taman permainan dan membolehkan anak-anak menikmati masa di masjid tanpa rasa bosan.
"Kami tidak menerima sebarang maklum balas negatif. Semasa ibu bapa menunaikan solat, anak-anak mereka boleh bermain atau menemani ibu bapa mereka semasa solat. Apa yang kami cuba lakukan ialah menjadikan masjid lebih mesra kanak-kanak," kata Mansur Sağır, muazzin masjid.
Beberapa tahun lalu, seorang imam di utara bandar Kocaeli di daerah Başiskele, Turkiye, berjaya menarik sejumlah besar kanak-kanak ke kelas al-Quran pada musim panas di masjidnya dengan menjadikannya lebih mesra kanak-kanak dengan mewujudkan taman permainan baharu.
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#masjid
#Kanak-kanak
#solat terawih
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan