awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid Nabawi lancar perkhidmatan panggilan awan bebas tol bimbing jemaah umrah

Bernama
Bernama
11/08/2025
08:00 MYT
Masjid Nabawi lancar perkhidmatan panggilan awan bebas tol bimbing jemaah umrah
Perkhidmatan ini bertujuan memperkukuh pemahaman Islam yang sebenar, menyebarkan nilai kesederhanaan dan ketamadunan Masjid Nabawi secara global serta memperkaya pengalaman rohani jemaah. - Gambar fail
MADINAH: Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidilharam dan Masjid Nabawi Arab Saudi memperkenalkan perkhidmatan panggilan awan (cloud call) bebas tol menerusi talian 8001111935 bagi membimbing jemaah umrah di Masjid Nabawi.

Ringkasan AI
  • Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidilharam dan Masjid Nabawi memperkenalkan perkhidmatan panggilan awan bebas tol melalui talian 8001111935 untuk membimbing jemaah umrah di Masjid Nabawi.
  • Sebanyak 30 pusat panduan telefon disediakan di seluruh masjid bagi menjawab soalan berkaitan ibadah dan memberi bimbingan keagamaan kepada pengunjung.
  • Perkhidmatan ini bertujuan memperkukuh pemahaman Islam yang sebenar, menyebarkan nilai kesederhanaan dan ketamadunan Masjid Nabawi secara global serta memperkaya pengalaman rohani jemaah.

Bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan pengayaannya, pihak presidensi yang diwakili oleh Agensi Hal Ehwal Saintifik dan Bimbingan, menyediakan 30 pusat panduan telefon secara langsung di seluruh masjid untuk membantu pengunjung dan meningkatkan pengalaman mereka secara keseluruhan, lapor Agensi Berita Saudi.
Jabatan inkuiri presidensi itu ditugaskan untuk menerima soalan daripada pengunjung dan jemaah mengenai ibadah umrah dan ziarah, serta menyediakan bimbingan keagamaan bagi membantu mereka melaksanakan ibadah mereka mengikut prinsip Islam yang betul.
Misi jabatan itu adalah untuk menggalakkan keselamatan intelektual, integriti moral dan pemahaman Islam yang sebenar, di samping memperkukuh nilai toleransi dan kesederhanaan.
Perkhidmatan itu menyumbang kepada penyebaran mesej kesederhanaan dan nilai ketamadunan Masjid Nabawi di peringkat global serta memperkaya perjalanan intelektual dan rohani pengunjung, selari dengan objektif Dua Masjid Suci dan mengukuhkan impak positifnya di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masjid Nabawi
#panggilan awan bebas tol
#bimbingan umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan