Masjid sasaran serangan ganas di Christchurch dibuka semula

Sinar Harian
Mac 24, 2019 02:32 MYT
Umat Islam memasuki Masjid Al Noor yang sudah dibuka kembali, di Christchurch, New Zealand, 23 Mac, 2019. (Foto AP)
Dua masjid menjadi sasaran serangan berdarah di Christchurch yang menyaksikan sekurang-kurangnya 50 terbunuh dibuka semula pada Sabtu.
Di Masjid al-Noor, pasukan keselamatan lengkap bersenjata turut ditempatkan untuk menjaga keselamatan para jemaah.
Aden Diriye yang kehilangan anak lelakinya berusia tiga tahun dalam tragedi paling buruk dalam sejarah moden New Zealand itu kembali ke masjid tersebut bersama rakannya.
"Saya sangat gembira kerana dapat kembali semula," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 3,000 menyertai 'perarakan untuk cinta' di sepanjang Christchurch ketika bandar itu kini sedang pulih daripada tragedi tersebut.
Mereka turut membawa plakad tertera 'Mereka mahu membahagikan kita, dia hanya menjadikan kita lebih kuat','Orang Islam dialu-alukan, sifat perkauman tidak' dan Kia Kaha dalam bahasa Maori yang bermaksud 'tetap kuat'.
#Christchurch #dibuka semula #Islam #March for Love #masjid #New Zealand #pengganas #perarakan untuk cinta #perkauman #serangan #serangan pengganas #tragedi #Tragedi Solat Jumaat