DUNIA
Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan - LDLU
Letupan yang berlaku di Kyiv, Ukraine. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Dunia perlu bersatu demi mencapai keamanan berkekalan dalam semua konflik yang sedang berlaku.
Ringkasan AI
Ketua Pejabat Asia Timur Liga Liberal Demokratik Ukraine (LDLU), Mariia Makarovych berkata, pencapaian yang diharapkan bukan semata-mata gencatan senjata untuk tempoh terbatas, sebaliknya jaminan bahawa pertumpahan darah tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.
“Bergantung kepada rakyat Palestin, rakyat Ukraine, masyarakat antarabangsa, pembuat keputusan, dan pertubuhan sivil untuk mencapai keamanan berkekalan.
“Bukan semata-mata untuk menamatkan konflik, tetapi keamanan yang berkekalan di negara masing-masing dengan harapan rumah mereka tidak lagi dimusnahkan dan keluarga tidak lagi takut mendengar bunyi kuat,” katanya.
Beliau berakta demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan - LDLU
Dalam temu bual yang sama, Naib Presiden Liga Liberal Demokratik Ukraine (LDLU), Yevheniia Fedotova pula berkata, langkah pertama kearah keamanan berkekalan itu bermula dengan pelaksanaan gencatan senjata.
“Komuniti antarabangsa bersetuju bahawa pendekatan untuk mencapainya (keamanan) adalah melalui gencatan senjata. Ia bergantung kepada pihak tertentu untuk menjamin gencatan senjata tersebut tercapai,” katanya.
Walaupun beliau tidak menyebut secara jelas mengenai pihak yang bertanggungjawab menentukan kejayaan rundingan gencatan senjata berkenaan, namun berdasarkan konteks perbincangan bersama Astro AWANI, Fedotova dipercayai merujuk kepada Amerika Syarikat dalam konteks perang Israel ke atas Palestin, dan Rusia dalam konteks konflik dengan Ukraine.
Agenda AWANI: Building solidarity through common humanity
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Dunia tidak seharusnya hanya mengejar gencatan senjata sementara, tetapi perlu berusaha mencapai keamanan yang berkekalan agar penderitaan dan kemusnahan tidak berulang.
- Keamanan bergantung kepada kerjasama rakyat, pembuat dasar, pertubuhan sivil, dan komuniti antarabangsa untuk memastikan negara yang terlibat bebas daripada konflik berpanjangan.
- Pelaksanaan gencatan senjata merupakan permulaan penting, namun kejayaannya bergantung kepada komitmen kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia dalam konflik global semasa.