[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Matador cedera parah skrotum dirodok tanduk lembu

Madiha Abdullah 20/11/2017 | 14:12 MYT
Luis David Adame ketika itu baru sahaja memulakan persembahan dengan mengibarkan kain merah apabila lembu jantan tersebut tiba-tiba sahaja menukar arah dan menanduknya sebelum dia dicampak ke tanah. -Twitter Luis David
SEORANG matador terpaksa menahan kesakitan setelah mengalami kecederaan teruk di bahagian skrotum selepas ditanduk seekor lembu jantan.
Kejadian berlaku pada satu festival di Mexico, minggu lalu.
Luis David Adame ketika itu baru sahaja memulakan persembahan dengan mengibarkan kain merah apabila lembu jantan tersebut tiba-tiba sahaja menukar arah dan menanduknya sebelum dia dicampak ke tanah.
Adame kemudiannya dibawa keluar untuk rawatan kecemasan sebelum dibawa ke hospital.
Laporan media tempatan menyebut Adame dirodok tanduk dan menyebabkan luka selebar 10 sentimeter.
Dalam perkembangan terbaharu, kesihatan Adame dilaporkan semakin baik dan dia sempat memuat naik status tentang keadaannya yang beransur sembuh ke akaun Twitter, pada Ahad.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#cedera #festival di Mexico #lembu jantan #Luis David Adame #Matador #Mexico #skrotum