Skip to main content

Dunia

Mauritius hadkan kemasukan warga asing susulan wabak Ebola

Health workers get dressed in personal protective equipment (PPE) at the Evangelical Medical Center, one of the facilities at the forefront of the response to the Ebola outbreak, as agencies intensify efforts to contain a new Ebola outbreak caused by the Bundibugyo virus strain, in Bunia, Ituri province, Democratic Republic of Congo, May 31, 2026. REUTERS/Gradel Muyisa Mumbere TPX IMAGES OF THE DAY
Wabak Ebola diisytiharkan di DRC dan Uganda pada 15 Mei. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kemudian mengisytiharkannya sebagai darurat kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa. - Gambar fail Reuters

PORT LOUIS, MAURITIUS: Kerajaan Mauritius mengenakan larangan sementara kemasukan terhadap warga asing yang pernah melawat, transit atau berada di Republik Demokratik Congo (DRC), Uganda atau Sudan Selatan dalam tempoh 21 hari lalu susulan penularan terkini wabak Ebola.

Rakyat Mauritius dan penduduk asing yang memegang permit kerja, permit pemastautin, permit pekerjaan, permit perniagaan atau permit pelajar yang sah masih dibenarkan memasuki negara itu, namun tertakluk kepada kuarantin mandatori selama 21 hari sekiranya mereka pernah mengunjungi mana-mana daripada tiga negara berkenaan dalam tempoh tiga minggu sebelumnya.

Menurut Kesatuan Afrika, wabak Ebola di DRC, Uganda dan Sudan Selatan terus menimbulkan ancaman serius terhadap kesihatan awam serantau.

Pihak berkuasa Mauritius turut mewajibkan saringan dan penilaian risiko di pintu masuk negara bagi pengembara yang tiba dari negara terjejas. 

Mana-mana pengembara yang menunjukkan simptom penyakit itu akan diasingkan serta-merta dan menjalani penilaian klinikal.

Kerajaan turut menggesa Sidang Kemuncak Perniagaan AS-Afrika Ke-18, yang pada asalnya dijadual berlangsung di Mauritius pada Julai, ditangguhkan.

Wabak Ebola diisytiharkan di DRC dan Uganda pada 15 Mei. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kemudian mengisytiharkannya sebagai darurat kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement