awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat ahli akademik Turkiye hilang ditemukan di terusan London

Bernama
Bernama
20/12/2024
08:10 MYT
Mayat ahli akademik Turkiye hilang ditemukan di terusan London
Mayat Ekren, 48, ditemukan pada 15 Disember berhampiran lokasi isyarat terakhir yang diterima melalui aplikasi penjejak mudah alih. - Gambar/ Linkedin - Orhan Ekren
LONDON: Mayat ahli akademik Turkiye, Orhan Ekren yang dilaporkan hilang pada akhir November ditemukan di Terusan Regent di London, menurut keluarganya pada Khamis, lapor Agensi Anadolu (AA).
Mayat Ekren, 48, ditemukan pada 15 Disember berhampiran lokasi isyarat terakhir yang diterima melalui aplikasi mudah alih yang digunakan keluarganya untuk menjejaki lokasi masing-masing, menurut isterinya, Banu Ekren.
Mayat lelaki itu dikeluarkan daripada lokasi kejadian berhampiran Zoo London kira-kira 1000GMT selepas polis dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan.
Banu Ekren berkata Polis Metropolitan menghantar gambar kepada keluarga untuk tujuan pengecaman, yang selesai pada 17 Disember.
Beliau menambah bedah siasat sedang dijalankan dan pengebumian akan diadakan di bandar Aegean, Izmir, Turkiye selepas jenazah suaminya dibawa pulang.
Orhan Ekren, yang tinggal di Milton Keynes dan berasal dari Turkiye, kali terakhir dilihat pada 26 November berhampiran Pasar Camden, berdekatan Camden Lock.
Polis Metropolitan mempergiatkan usaha pencarian selepas beg galas miliknya ditemukan berhampiran terusan sehari selepas beliau dilaporkan hilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli akademik Turkiye
#ahli akademik hilang
#London
#mayat ditemui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan