awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dibersih dan dibawa bersiar-siar

Sinar Harian
Sinar Harian
05/09/2021
00:42 MYT
Mayat dibersih dan dibawa bersiar-siar
Ritual 'Manene' diamalkan oleh etnik di Baruppu sebagai penghormatan kepada nenek moyang mereka. - Foto AFP
MAKKASAR: Setiap tiga tahun di penghujung bulan Ogos, masyarakat di Toraja Utara, Sulawesi Selatan akan membersihkan mayat ahli keluarga mereka sebelum dipakaikan baju baharu dan dibawa bersiar-siar.
Ritual dikenali sebagai ‘Manene’ itu telah diamalkan oleh masyarakat berkenaan sejak berdekad lamanya terutama selepas musim menuai.
Upacara itu diamalkan oleh etnik minoriti di Baruppu dan mereka percaya jika ritual ‘Manene’ tidak dilakukan pada masa yang ditetapkan, sawah padi serta ladang mereka akan diserang tikus dan haiwan perosak yang lain.
Menurut penduduk tempatan, kisah ritual ‘Manene’ bermula ketika seorang pemburu haiwan yang bernama Pong Rumasek datang memburu ke Toraja Utara.
Ketika tiba di wilayah berkenaan, Pong Rumasek telah menemui satu mayat terbiar.
Dia kemudian menguruskan mayat berkenaan dengan memberikannya persalinan baharu sebelum mengebumikannya.
Sejak kejadian tersebut, rezeki Pong Rumasek dikatakan mencurah-curah dan kerap mendapat hasil buruan.
Dalam ritual ‘Manene’, mayat yang dikeluarkan dari keranda biasanya akan dibacakan doa dalam bahasa Toraja kuno.
Mayat kemudian diangkat dan mula dibersihkan dari atas kepala hingga ke hujung kaki dengan menggunakan kain bersih.
Setelah itu, barulah mayat tersebut dipakaikan baju baharu dan dibawa bersiar-siar atau dikumpulkan di rumah adat Tongkonan di mana semua waris si mati berhimpun.
Selepas selesai dibawa bersiar-siar, mayat-mayat tersebut akan disimpan semula di Patane iaitu struktur menyimpan mayat yang telah dimumiakan.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#mayat
#Manene
#musim menuai
#bersiar-siar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan