DUNIA
  
            Mayat ditemukan di gear mendarat pesawat Turkish Airlines
Mayat yang identitinya belum dikenal pasti ditemukan di gear pendaratan pesawat Turkish Airlines selepas mendarat di Istanbul dari Amsterdam. -Gambar fail/Pinterest.com
            
      ISTANBUL: Mayat yang identitinya belum dikenal pasti ditemukan di gear pendaratan pesawat Turkish Airlines selepas mendarat di Istanbul dari Amsterdam lewat Khamis, jurucakap syarikat mengesahkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Polis dan syarikat penerbangan masing-masing sedang menyiasat kejadian itu, menurut jurucakap berkenaan.
Agensi berita swasta Demiroren berkata selepas pesawat Airbus A330 dari Amsterdam itu mendarat di Lapangan Terbang Istanbul lewat Khamis, pasukan penyelenggaraan teknikal menemukan mayat itu semasa pemeriksaan rutin.
-- BERNAMA