Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Mayat empat lelaki ditemukan di Sungai Seine berdekatan Paris

Bernama 14/08/2025 | 14:54 MYT
Penemuan mengejut itu dipercayai bermula apabila seorang penumpang kereta api ternampak satu mayat di Sungai Seine dan segera menghubungi pihak berkuasa. - Reuters
PARIS: Mayat empat lelaki ditemukan di Sungai Seine, berhampiran Paris, menurut kenyataan pendakwa raya pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pihak berkuasa setakat ini tidak menemuikan bukti yang mengaitkan kes tersebut.

Mereka menjelaskan bahawa lokasi penemuan mayat di Choisy-le-Roi boleh dijelaskan oleh keadaan arus sungai di kawasan itu.

Punca kematian dan identiti kesemua mangsa masih belum diketahui, menurut kenyataan pejabat pendakwa di Creteil, sebuah kawasan pinggir bandar Paris.

Menurut akhbar Le Parisien, kesemua mangsa adalah lelaki. Tiga daripada mereka berpakaian lengkap, manakala seorang lagi ditemukan tanpa seluar atau seluar dalam.

Laporan itu juga menyebut yang kesemua mayat dipercayai berada dalam air selama beberapa hari.

Penemuan mengejut itu dipercayai bermula apabila seorang penumpang kereta api ternampak satu mayat di Sungai Seine dan segera menghubungi pihak berkuasa. Pasukan kecemasan mengeluarkan keempat-empat mayat dari sungai pada Rabu.

-- BERNAMA

#mayat empat lelaki #sungai seine #Paris #polis #siasatan