DUNIA
Mayat ke-6 ditemukan dalam runtuhan menara dandang loji jana terma di Korea Selatan
Mayat keenam ditemui di bawah runtuhan menara dandang di loji jana kuasa terma di Ulsan, Korea Selatan, sementara seorang pekerja masih terperangkap di lokasi. -Gambar fail/Reuters
ULSAN: Mayat keenam ditemukan di bawah runtuhan menara dandang di sebuah loji jana kuasa terma di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, pada Khamis, dengan seorang lagi pekerja masih terperangkap, menurut pihak bomba, lapor Agensi Berita Yonhap.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Mayat itu dipercayai milik seorang pekerja berusia dalam lingkungan 30-an yang dikenali dengan nama keluarga Kim, yang dikesan di bawah runtuhan pada hari menara setinggi 63 meter itu roboh minggu lepas (Khamis), namun gagal diselamatkan kerana timbunan logam yang menghalang akses ke lokasi.
Penemuan itu menjadikan jumlah kematian yang disahkan meningkat kepada enam orang, manakala operasi mencari seorang lagi pekerja yang masih belum ditemui sedang diteruskan.
Loji berkenaan dikendalikan oleh Korea East-West Power Co., sebuah syarikat utiliti milik kerajaan.
Ketika kejadian runtuhan itu, Menara 5 sedang dalam proses perobohan selepas digunakan selama 40 tahun, yang berakhir pada 2021.
Dua lagi menara di sekitarnya telah diletupkan pada Selasa bagi menghapuskan risiko ia turut runtuh ketika operasi mencari mangsa yang masih hilang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Mayat keenam ditemui di bawah runtuhan menara dandang di loji jana kuasa terma di Ulsan, Korea Selatan, sementara seorang pekerja masih terperangkap di lokasi.
- Jumlah kematian yang disahkan meningkat kepada enam orang akibat runtuhan menara setinggi 63 meter itu, dengan operasi mencari pekerja yang masih hilang sedang diteruskan.
- Menara berkenaan sedang dalam proses perobohan selepas 40 tahun beroperasi, di mana dua menara lain di sekitarnya telah diletupkan bagi mengelakkan kejadian serupa.
Mayat itu dipercayai milik seorang pekerja berusia dalam lingkungan 30-an yang dikenali dengan nama keluarga Kim, yang dikesan di bawah runtuhan pada hari menara setinggi 63 meter itu roboh minggu lepas (Khamis), namun gagal diselamatkan kerana timbunan logam yang menghalang akses ke lokasi.
Penemuan itu menjadikan jumlah kematian yang disahkan meningkat kepada enam orang, manakala operasi mencari seorang lagi pekerja yang masih belum ditemui sedang diteruskan.
Loji berkenaan dikendalikan oleh Korea East-West Power Co., sebuah syarikat utiliti milik kerajaan.
Ketika kejadian runtuhan itu, Menara 5 sedang dalam proses perobohan selepas digunakan selama 40 tahun, yang berakhir pada 2021.
Dua lagi menara di sekitarnya telah diletupkan pada Selasa bagi menghapuskan risiko ia turut runtuh ketika operasi mencari mangsa yang masih hilang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapa jumlah keseluruhan kematian yang disahkan akibat runtuhan menara dandang di loji jana kuasa terma di bandar Ulsan, Korea Selatan?
A: Enam orang kematian telah disahkan setakat ini. - Q: Siapakah yang mengendalikan loji jana kuasa terma di bandar Ulsan, Korea Selatan yang terlibat dalam insiden runtuhan menara dandang?
A: Loji tersebut dikendalikan oleh Korea East-West Power Co, sebuah syarikat utiliti milik kerajaan. - Q: Mengapa dua menara lain di sekitar loji jana kuasa terma telah diletupkan?
A: Dua menara lain diletupkan bagi menghapuskan risiko ia turut runtuh ketika operasi mencari pekerja yang masih hilang sedang berlangsung.