Mayat kedua kru kapal USS John S McCain dijumpai

Astro Awani
Ogos 26, 2017 04:52 MYT
Satu lagi mayat kelasi kapal pemusnah USS John S McCain dijumpai di bahagian kapal yang rosak menjadikan jumlah yang dijumpai kepada dua mayat. -Gambar fail
Satu lagi mayat kelasi kapal pemusnah USS John S McCain dijumpai di bahagian kapal yang rosak menjadikan jumlah yang dijumpai kepada dua mayat.
Mayat juruteknik elektronik, Dustin Louis Doyon, 26 tahun, dijumpai pada Jumaat tidak jauh dari mayat pertama dijumpai sehari sebelumnya.
Mayat pertama yang juga juruteknik elektronik Kenneth Aaron Smith dijumpai dalam ruang enjin kapal terbabit.
BACA: Mayat seorang kru ditemukan, SAR digantung
Selepas penemuan mayat pertama, Amerika Syarikat mengarahkan operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai Malaysia dihentikan sementara bagi memberi ruang pencarian kelasi di dalam kapal.
Isnin lalu, USS John S McCain berlanggar dengan kapal minyak Alnic MC milik syarikat Singapura dan 10 kelasi dilaporkan hilang.
#Alnic MC #Dustin Louis Doyon #Kenneth Aaron Smith #USS John S McCain