VIENNA (Austria): Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan glasier di Austria, kata polis Salzburg pada Isnin.

Mayat itu ditemui oleh dua pendaki minggu lalu di kawasan Hochgruberkees kira-kira 2,800 meter dari paras laut, menurut polis.

Mayat lelaki itu kemudiannya diterbangkan dari lokasi kejadian berhampiran Fusch an der Grossglocknerstrasse ke kawasan lembah.

Polis percaya mayat itu adalah seorang lelaki yang hilang sejak 1971 dan dokumen pengenalan dirinya ditemui pada mayat tersebut, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Pihak berkuasa kini sedang mengesan waris mangsa untuk mengenal pasti identitinya dengan jelas melalui perbandingan DNA.

Penemuan itu berlaku selepas satu lagi mayat manusia ditemui di glasier Austria yang berbeza pada awal musim panas ini.

Pada pertengahan Ogos, pendaki gunung ski menemui bahagian badan manusia di glasier Tyrolean.

Pada awal September, analisis DNA mengesahkan cebisan mayat itu milik seorang lelaki yang telah hilang di kawasan Schlatenkees pada tahun 2001 yang berusia usia 37 tahun.

--BERNAMA-dpa