awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Senarai calon Exco baharu dipersembah kepada Raja Perlis minggu depan - MB
Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar NYC Muslim pertama
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat Navalny diserah kepada keluarga

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2024
21:40 MYT
Mayat Navalny diserah kepada keluarga
Navalny dilaporkan meninggal dunia secara mengejut di dalam penjara minggu lalu. - Foto fail/REUTERS
MAYAT pemimpin pembangkang Rusia, Alexei Navalny, sudah diserahkan kepada ibunya.
Perkara itu disahkan jurucakap kepada Navalny, Kira Yarmysh menerusi platform X pada Sabtu.
Yarmysh bagaimanapun memberitahu tidak mengetahui sama ada pihak berkuasa akan membenarkan majlis pengkebumian untuk Navalny diadakan mengikut kehendak keluarga.
Navalny dilaporkan meninggal dunia secara mengejut di dalam penjara minggu lalu.
Beliau dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun.
Kremlin sebelum ini mendakwa tidak dapat menyerahkan mayat Navalny kepada keluarga sehingga kematiannya dapat disahkan menerusi bedah siasat.
Sebelum mayat Navalny diserahkan kepada keluarga, balu beliau, Yulia Navalnaya menuduh Presiden Vladimir Putin mencabul undang-undang.
Ini susulan tindakan kremlin melewatkan penyerahan mayat kepada keluarga.
"Serahkan jasad suami saya. Kami mahu mengadakan majlis pengekebumian buat Alexei dan semadikan beliau seperti fahaman kami. Serahkan Alexei tanpa sebarang syarat.
"Anda menyeksanya ketika dia hidup, dan selepas dia mati, penyeksaan tetap berterusan. Anda (Putin) melanggar semua undang-undang yang dibuat manusia dan Tuhan," katanya.
Pihak berkuasa menahan ratusan individu yang menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Navalny selepas kematian beliau.
Mereka mendakwa Kremlin sengaja melengah-lengahkan penyerahan mayat Navalny kerana tidak mahu masyarakat umum menyatakan sokongan terbuka kepada perjuangan beliau.
Topic Berkaitan
#Alexei Navalny
#mayat
#pemimpin pembangkang Rusia
#Kira Yarmysh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan