[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Mayat penumpang MH17 disusun di tepi jalan

Astro Awani 19/07/2014 | 14:49 MYT
Mayat-mayat penumpang pesawat MAS kelihatan di kawasan nahas Penerbangan MH17. - AFP Photo/Dominique Faget
Sekumpulan wartawan yang mula sampai ke kawasan nahas penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine melaporkan bagaimana mayat-mayat penumpang pesawat Malaysia Airlines itu diletakkan di tepi jalan.
Seorang daripada mereka yang bertugas dengan BBC merakamkan foto deretan mayat yang disusun di tepi jalan di sebuah kampung dekat Hrabove, hampir 800 kilometer dari Kiev.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Will Vernon ialah seorang penerbit di stesen berita antarabangsa itu dan mengaku mempunyai minat yang mendalam kepada isu-isu melibatkan negara-negara bekas Kesatuan Soviet.
Vernon adalah seorang daripada beberapa orang wartawan yang menyertai kumpulan pemantau Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) yang dikerahkan ke tempat kejadian.
Kumpulan pemantau OSCE seramai 25 orang pada Jumaat dihalang oleh kumpulan pemberontak daripada menghampiri lokasi serpihan pesawat Boeing 777 itu berkecai dan terbakar.
Mereka juga melaporkan setakat Jumaat, mayat-mayat penumpang MH17 itu masih berada di tempat kejadian tidak berusik, "sama sepertimana mereka jatuh."
Keadaan bagaimanapun berubah hari ini biarpun perjalanan mereka ke kawasan itu bukanlah tidak berdepan dengan tentangan.
Vernon melaporkan melalui Twitter bagaimana perjalanan mereka disekat oleh pemberontak. Mereka diminta meninggalkan kenderaan dan berjalan kaki ke lokasi kejadian.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau juga melaporkan sekatan-sekatan lain yang dikenakan ke atas rombongan itu termasuk tidak boleh menyoal mana-mana orang dan tidak masuk ke sesetengah kawasan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Koresponden BBC, Fergal Keane juga melaporkan perkara yang sama bahawa kumpulan pemberontak itu sengaja menyulitkan keadaan dan menyusahkan pemantau OSCE.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun tidak seperti pada Jumaat, kumpulan pemantau itu mendapat akses yang lebih lama dan lebih luas pada Sabtu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hrabove terletak hampir 800 kilometer dari Kiev. Perjalanan dari ibu negara Ukraine ke kawasan pedalaman itu dianggarkan mengambil masa 10 jam menggunakan kereta.
#Amsterdam #Kuala Lumpur #Malaysia Airlines #MH17 #Rusia #Ukraine