[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DUNIA

Mayat tebusan Algeria warga Jepun tiba di Tokyo

Astro Awani 25/01/2013 | 05:49 MYT
Mayat sembilan mangsa tebusan warga Jepun di kompleks in Amenas, Algeria selamat tiba di Tokyo.
Turut serta dalam penerbangan tersebut ialah tujuh rakyat Jepun yang terselamat dalam insiden berkenaan.
Mengulas mengenai kejadian itu Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe melahirkan rasa sedih dengan kejadian yang menimpa rakyatnya itu.
Kesemua mereka berkhidmat dengan JGC Corporation.
Sementara itu, JGC dalam satu kenyataan memaklumkan, cabaran utama syarikat itu pada masa ini ialah memastikan keselamatan pekerjanya di luar negara.
#Algeria #PM Jepun #Shinzo Abe #tebusan #warga jepun