awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat terakhir banjir kilat di Ternate, Indonesia ditemukan

Bernama
Bernama
02/09/2024
04:30 MYT
Mayat terakhir banjir kilat di Ternate, Indonesia ditemukan
Keadaan rumah yang mengalami kerosakan susulan kejadian banjir kilat di kampung Rua, Ternate, Maluku Utara, Indonesia, 25 Ogos 2024. - Foto REUTERS
JAKARTA: Usaha mencari mangsa bencana banjir kilat di Ternate, Maluku Utara berakhir dengan penuh kesedihan apabila mayat terakhir yang hilang berjaya ditemukan pada Ahad.
Mayat itu ditemukan kira-kira 7 malam, menandakan berakhirnya usaha mencari mangsa sejak bencana melanda kampung Rua pada 25 Ogos lepas.
Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia Abdul Muhari dalam satu kenyataan berkata mayat itu dibawa ke sebuah fasiliti perubatan tempatan untuk tujuan pengecaman.
Penilaian kerosakan mendedahkan bahawa 18 rumah rosak teruk, 21 mengalami kerosakan kecil, dan 33 lagi terjejas dalam pelbagai cara dengan kemudahan awam turut mengalami kerosakan, termasuk kemusnahan sebuah tempat ibadat.
Abdul Muhari berkata pentadbiran bandar Ternate telah mengisytiharkan darurat sehingga 7 September untuk memberikan sokongan dan sumber kepada komuniti yang terjejas, termasuk 73 keluarga melibatkan 241 orang yang kini berlindung di sebuah sekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat
#banjir kilat
#Indonesia
#Ternate
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan