MBS jumpa Trump, langkah penting demi kestabilan Gaza - Penganalisis

Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House. - foto/REUTERS
KUALA LUMPUR: Pertemuan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka akan memberi kesan langsung untuk menjamin kestabilan di Gaza.
Ringkasan AI
- Pertemuan Putera Mahkota Arab Saudi dengan Presiden AS dijangka memberi kesan langsung bagi menjamin kestabilan di Gaza.
- Arab Saudi mempunyai kelebihan untuk memastikan AS melaksanakan tanggungjawabnya terhadap Palestin, menurut Prof. Phar Kim Beng dari UIAM.
- Walaupun Putera Mahkota Arab Saudi perlu mengadakan rundingan dengan negara-negara Islam, kesan pertemuan ini mungkin tidak segera berlaku di Washington DC; beliau disarankan untuk berbincang dengan pemimpin Islam lain termasuk Perdana Menteri Malaysia.
“Berdasarkan perkembangan antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS), ini merupakan satu langkah yang penting. Kadangkala Arab Saudi juga boleh memimpin negara Islam seperti yang berlaku selepas Perang Ramadan 1973 (atau Perang Yom Kippur).
“Ketika itu, Raja Faisal bin Abdulaziz Al-Saud telah lancarkan embargo (bekalan minyak kepada AS dan negara-negara sekutunya). Ini menunjukkan kebolehan dunia Islam untuk mempertahankan diri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Bagaimanapun, Kim Beng berpandangan kesan tersebut mungkin tidak boleh dilihat berlaku dalam masa terdekat memandang Putera Mahkota Arab Saudi itu perlu mengadakan rundingan dengan negara-negara Islam.
“Lanjutan itu, adakah lawatan Putera Mahkota Mohammed bin Salman Al Saud ini mendatangkan kesan yang sama? Mungkin tidak serta-merta di Washington DC.
“Maksudnya, dia perlu adakan sidang Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) dan mungkin berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini kerana, Perdana Menteri kita secara tiba-tiba menjadi rakan baik kepada Presiden AS, Donald Trump, sejak Sidang Kemuncak ASEAN,” ujarnya.
Pada Isnin, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi yang digubal AS bagi mengukuhkan pelan damai Gaza oleh PresidenTrump, termasuk penempatan pasukan antarabangsa dan laluan ke arah pembentukan negara Palestin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


