awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meghan Markle dedah rahsia gaun kahwin

Sinar Harian
Sinar Harian
23/09/2018
21:52 MYT
Meghan Markle dedah rahsia gaun kahwin
Meghan menjelaskan, satu cebisan kain berwarna biru dari pakaian yang digunakannya semasa janji temu pertama dengan Putera Harry ditampal pada gaun perkahwinannya itu. - Foto fail / Andrew Matthews / Pool REUTERS
DUCHESS of Sussex, Meghan Markle mendedahkan sesuatu yang istimewa mengenai gaun yang digayakan semasa majlis perkahwinannya dengan Putera Harry, Mei lalu.
Menerusi laporan People, Meghan menjelaskan, satu cebisan kain berwarna biru dari pakaian yang digunakannya semasa janji temu pertama dengan Putera Harry ditampal pada gaun perkahwinannya itu.
Perkara itu didedahkan Meghan dalam satu temu bual untuk program dokumentari terbaharu, Queen Of The World.
"Sungguh mengagumkan bukan?. Di suatu tempat di sini, terdapat cebisan (kain)... adakah anda melihatnya?
"Secebis kain biru yang dijahit di dalamnya. Ia dari kain pakaian yang saya pakai semasa janji temu pertama kami," kata Meghan.
Dalam pada itu, Meghan turut meluahkan rasa kagum dengan viel sepanjang 15 kaki dihiasi bunga bersulam mewakili 53 negara Komanwel yang dipakai sempena hari bahagianya itu.
Jelas Meghan, ia adalah ideanya untuk menggabungkan simbolisme dalam reka bentuk yang mencerminkan gaun upacara kemahkotaan Ratu Elizabeth pada 1953.
Katanya, sulaman tersebut juga satu kejutan kepada Putera Harry pada hari bersejarah mereka.
Meghan bertemu Putera Harry dalam satu janji temu di Rumah Soho di London pada Jun 2016 yang diatur rakan mereka, Violet von Westenholz. - Agensi
Topic Berkaitan
#Duchess of Sussex
#kahwin
#London
#Meghan Markle
#Putera Harry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan