DUNIA

Mekah dilanda banjir kilat

Faris Danial Razi 27/04/2021 | 16:10 MYT
Menurut perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar membawa kepada keadaan banjir kilat. - Gambar/ Twitter@hsharifain
HUJAN lebat luar biasa yang melanda Mekah sejak petang Selasa menyebabkan beberapa kawasan terutama di bandar dilanda banjir kilat.

Menurut perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Susulan itu, pihak Pertahanan Awam mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua pihak.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi bermula Jumaat sehingga Selasa.

Amaran awal berkenaan membabitkan ramalan ribut petir dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Mekah dan Madinah bermula Jumaat.

Memetik laporan media tempatan juga, amaran itu turut melibatkan ibu kota Riyadh, Qassim dan Provinsi Timur yang akan mengalami hujan lebat sederhana yang dijangka mengakibatkan arus deras dan banjir.


[TERKINI] Hujan Lebat | Mekah dilanda banjir kilat

Turut dikongsikan di media sosial, rakaman video hujan batu di kawasan Kaabah.



#banjir kilat #hujan lebat luar biasa #Mekah #Madinah #hujan lebat #dinaiki air #Makkah #ribut petir #hujan batu