awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melania berucap raih sokongan untuk Trump

Agensi
Agensi
04/11/2016
02:00 MYT
Melania berucap raih sokongan untuk Trump
Melania ketika berucap di Berwyn, Pennsylvania pada 3 Nov. - AFP
Melania Trump menyambut statusnya sebagai seorang pendatang dalam ucapannya ketika berkempen untuk suaminya, calon Republikan pilihan raya presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Dalam ucapan yang disifatkan luar biasa kerana jarang dilakukan sepanjang kempen suaminya itu, Melania menyatakan sebagai seorang migran di Amerika Syarikat, beliau memahami hasrat dan aspirasi golongan berkenaan.
"Tidak ada yang menghargai kebebasan dan peluang yang diberi oleh Amerika lebih daripada saya," kata Melania, yang berasal dari Slovenia, ketika berucap di Berwyn, Pennsylvania, pada Khamis.
"Saya seorang migran dan tiada siapa yang lebih menghargai erti kebebasan dan peluang di Amerika Syarikat berbanding saya, sebagai seorang wanita yang berdikari dan seorang yang telah berhijrah ke Amerika. Semangat cintakan negara ini adalah sesuatu yang kami kongsi bersama sejak saya bertemu Donald. Dia cintakan negara ini dan dia tahu apa perlu dilakukan, bukan hanya bercakap sahaja.
"Adalah menjadi satu penghormatan dan penghargaan untuk berkhidmat demi negara ini. Saya akan memperjuangkan isu wanita dan kanak-kanak."
Sekiranya suaminya menang Selasa depan, Melania turut menyifatkan bahawa menjadi satu "penghormatan dan keistimewaan" untuknya berkhidmat sebagai Wanita Pertama.
Topic Berkaitan
#Donal Trump
#Melania Trump
#pilihan raya presiden amerika syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan