Melania Trump buang ketumbuhan buah pinggang

Sinar Harian
Mei 15, 2018 04:08 MYT
Melania, 48, menjalani prosedur embolisasi untuk membuang ketumbuhan dan akan dirawat di hospital selama seminggu. - Gambar fail
WANITA pertama Amerika Syarikat (AS), Melania Trump menjalani pembedahan buah pinggang akibat ketumbuhan bukan barah 'benigna'.
Pengarah komunikasi Stephanie Grisham berkata, Melania, 48, menjalani prosedur embolisasi untuk membuang ketumbuhan dan akan dirawat di hospital selama seminggu.

"Prosedur berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.

"Wanita Pertama tidak sabar untuk pulih sepenuhnya dan meneruskan tugas seperti biasa," kata Grisham.

Presiden Donald Trump kemudian melawat isterinya di Pusat Perubatan Tentera Kebangsaan Walter Reed beberapa jam selepas pembedahan selesai. - Agensi

#Amerika Syarikat #barah #buah pinggang #Donald Trump #Melania Trump #presiden