[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
DUNIA

Melania Trump dipersenda kerana plagiat ucapan Michelle Obama

Agensi 19/07/2016 | 12:34 MYT
Pengerusi kempen politik Trump menafikan dakwaan bahawa Melania (kiri) memplagiat ucapan Michelle Obama. - Foto AFP
Kempen politik parti Republikan pada Selasa menafikan tuduhan bahawa isteri Donald Trump, Melania, memplagiat ucapan Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS) Michelle Obama.
Perenggan paling bermakna dalam ucapan Michelle yang pernah dibuat pada lapan tahun lalu itu, diulang semula oleh Melania sewaktu berucap sempena malam Konvensyen Republikan Kebangsaan di Denver.
Bagaimanapun, kem politik Trump melalaui pengerusinya Paul Manafort berkata, tuduhan plagiarisme itu sebagai ‘tidak masuk akal’, lapor agensi berita CNN.
Sekurang-kurangnya satu perenggan dalam ucapan Melania pada malam Isnin itu meniru hampir setiap perkataan daripada ucapan Michelle sewaktu isteri Barack Obama itu berucap dalam majlis Konvensyen Demoratik Kebangsaan pada tahun 2008.
Di media sosial, pemerhati politik, pengamal media dan netizen yang nakal sudah mula membanjiri susur masa dengan membandingkan transkrip ucapan kedua-dua tokoh wanita itu secara sebelah-menyebelah.
Di Twitter pula, ramai yang mempersenda insiden itu dengan pelbagai ulasan melucukan:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manafort terus menafikan tuduhan itu, dengan menyatakan bahawa perkatan yang Melania gunakan hanyalah perkataan biasa dan bukannya dicedok daripada orang lain.
Inti ucapan yang menjadi pertikaian itu antaranya menyentuh soal kerja keras untuk mencapai impian, menghormati sesama manusia dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
#Demokrat #kempen politik #Melania Trump #Michelle Obama #Republikan #ucapan