[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
DUNIA

AS Memilih: Donald Trump tetap dakwa dirinya menang

Madiha Abdullah 07/11/2020 | 17:11 MYT
Trump mendakwa beliau memenangi persaingan itu dalam jumlah yang banyak. - AP
Donald Trump masih enggan menerima kekalahan dan tetap mendakwa dirinya menang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Dalam entri di Twitter sejam yang lalu, Trump mendakwa beliau memenangi persaingan itu dalam jumlah yang banyak.
Laporan media antarabangsa berdasarkan unjuran mereka bagaimanapun menggambarkan keadaan sebaliknya apabila mengesahkan pencabarnya, Joe Biden telah memenangi pilihan raya berkenaan, sekali gus bergelar Presiden AS ke 46.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berdasarkan laporan AP, Biden memperolehi 284 undi elektoral manakala Trump hanya meraih 214 undi elektoral.
Trump sebelum ini beberapa kali mendakwa ‘ditipu’ dalam pilihan raya presiden yang disifatkannya penuh dengan penyelewengan undi.
Trump berkata, beliau akan memfailkan usul mencabar pengiraan undi di negeri-negeri yang dimenangi parti Demokrat.
#Donald Trump #Twitter #Amerika Syarikat #pilihan raya #presiden #AS #Joe Biden #Demokrat #Republikan