awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin

Bernama
Bernama
03/03/2025
09:11 MYT
Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Basel Adra, Rachel Szor, Hamdan Ballal dan Yuval Abraham memenangi Oscar untuk Filem Dokumentari Terbaik untuk "No Other Land". - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Kami menyeru dunia mengambil tindakan tegas untuk menghentikan ketidakadilan dan menghentikan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin," kata pengarah bersama, Basel Adra, seorang aktivis Palestin dari Masafer Yatta di Tebing Barat dalam ucapannya.
"Kira-kira dua bulan lalu, saya bergelar seorang bapa dan harapan saya untuk anak perempuan saya (ialah) dia tidak perlu menjalani kehidupan yang sama seperti saya jalani sekarang," kata Adra.
Yuval Abraham, seorang wartawan penyiasatan Israel yang juga pengarah bersama "No Other Land", merujuk Adra sebagai "saudara" tetapi meluahkan kekesalan bahawa mereka dianggap "tidak setaraf."
"Kami hidup dalam rejim di mana saya bebas di bawah undang-undang sivil, manakala Basel berada di bawah undang-undang tentera yang memusnahkan kehidupannya," kata Abraham.
Beliau turut menyeru agar keganasan yang berlarutan di Timur Tengah selama beberapa dekad dihentikan, terutama selepas insiden pada 7 Okt 2023 yang membawa kemusnahan besar di Gaza.
"No Other Land" menerima pujian meluas sebagai antara dokumentari terbaik tahun lalu.
Meskipun mencapai kejayaan, dokumentari itu tidak mendapat tayangan meluas di pawagam Amerika Syarikat disebabkan oleh sensitiviti politik yang menyelubungi konflik Israel-Palestin, lapor NBC New memetik kenyataan pembuat filem itu.
Namun, filem itu tetap ditayangkan di pawagam bebas di beberapa bandar terpilih dan turut disediakan dalam format digital kepada pengundi Anugerah Akademi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Oscar
#No Other Land
#kekejaman israel
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan