awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meninggal dunia selepas doktor gagal kesan kanser

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/05/2015
01:36 MYT
Meninggal dunia selepas doktor gagal kesan kanser
Gejala yang dialami Samantha disalah tafsir sebagai komplikasi kehamilan.
Seorang wanita di United Kingdom meninggal dunia selepas doktor gagal mengesan penyakit kanser yang dihadapinya.
Samantha Beaven, 29 tahun, mengalami masalah pendarahan dan kekejangan yang teruk sepanjang kehamilan anak keduanya, namun apabila berjumpa doktor, ujian-ujian yang dibuat gagal mengesan sebarang masalah.
Samantha dilaporkan ke hospital sebanyak 10 kali kerana masalah tersebut.
Ketika usia kandungannya 26 minggu, Samantha sekali lagi dikejarkan ke hospital apabila dia mula menunjukkan tanda-tanda kontraksi. Seorang jururawat yang memeriksanya bukan setakat mengesahkan rahimnya telah terbuka sebanyak dua sentimeter, tetapi turut melihat ada kesan luka yang menjadi punca pendarahannya.
Ketika bukaan rahimnya mencecah tujuh sentimeter, doktor terpaksa melakukan biopsi dan dalam masa yang sama, memasukkan steroid ke dalam badannya untuk membantu menyediakan jantung bayinya untuk dilahirkan.
Kira-kira 48 jam kemudian, Samantha disahkan menghidap kanser. Semua komplikasi yang dialaminya sebelum ini; pendarahan, sakit belakang, kekejangan dan sakit perut, adalah tanda-tanda penyakitnya namun ia dianggap sebagai gejala atau komplikasi biasa kehamilan.
Bayinya, Daisy, yang dilahirkan Oktober tahun lalu, membesar dengan sihat walaupun tidak cukup bulan.
Januari lalu, Samantha menerima satu lagi berita buruk apabila kansernya disahkan telah merebak ke paru-parunya.
Doktor menjangkakan jangka hayat Samantha ialah 12 bulan, namun Samantha meninggal dunia Isnin lalu.
Topic Berkaitan
#kesihatan
#perubatan
#Sains
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan