awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Agama Indonesia disiasat seleweng dana haji

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2014
23:44 MYT
Menteri Agama Indonesia disiasat seleweng dana haji
Suryadharma Ali - Foto AP
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) malam ini menamakan Menteri Hal Ehwal Agama yang juga pengerusi Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Suryadharma Ali sebagai suspek dalam satu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana haji yang diuruskan oleh kerajaan antara 2012 hingga 2013.
“Status kes itu telah ditingkatkan menjadi 'siasatan' dan [Suryadharma] serta beberapa yang lain telah dinamakan sebagai suspek,” kata timbalan ketua KPK Busyro Muqoddas seperti dipetik oleh The Jakarta Globe.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut.
Timbalan Menteri Kehakiman dan Hak Asasi, Denny Indrayana memaklumkan pihak kementeriannya telah mengenakan sekatan perjalanan selama enam bulan ke atas Suryadharma atas permintaan KPK. Sekatan itu berkuat kuasa serta merta.
Pengerusi KPK Abraham Samad pada Isnin berkata beliau tidak lama lagi akan mengenakan pertuduhan ke atas seorang "pegawai tinggi negara" bersabit kes berkenaan.
“Anda boleh teka siapa yang paling bertanggungjawab dalam sektor haji,” katanya, membayangkan Suryadharma yang bertanggungjawab terhadap dana itu.
Pasukan penyiasat telah memeriksa beberapa orang pegawai Kementerian Hal Ehwal Agama termasuk Suryadharma, ketua pengarah haji, Anggito Abimanyu dan setiausaha kementerian, Bahrul Hayat.
Dua ahli parlimen, Jazuli Juwaini dan Hasrul Azwar yang memantau hal ehwal agama juga telah disoalsiasat.
Siasatan itu adalah susulan daripada laporan majalah Tempo pada Disember 2010 mengenai penyelewengan simpanan haji yang dilaburkan untuk kepentingan kelompok dan peribadi.
Kementerian Hal Ehwal Agama menguruskan lebih daripada 200,000 jemaah Indonesia setiap tahun.
KPK pada tahun lalu mengirimkan pasukan penyiasatnya ke Mekah untuk meninjau dengan dekat urusan jemaah warga negara itu.
Suryadharma memimpin parti Islam PPP sejak 2007 dan memegang jawatan menteri sejak 2009.
Beliau sebelum ini dikritik kerana gagal bertindak terhadap beberapa isu toleransi agama serta berdepan krisis dalaman parti selepas mengisytiharkan sokongan kepada calon Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto untuk pemilihan Presiden Indonesia pada Julai ini.
Pada November 2013, Suryadharma menggesa kumpulan minoriti penganut fahaman Ahmadiyah untuk bertaubat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#KPK
#Rasuah
#Suryadharma Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan