[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
DUNIA

Menteri Indonesia Tjahjo Kumolo meninggal dunia

Bernama 01/07/2022 | 15:04 MYT
Tjahjo, 64, menghembuskan nafas terakhirnya pada 11.10 pagi waktu tempatan selepas menjalani rawatan intensif akibat jangkitan paru-paru selama hampir dua minggu. - Gambar fail
JAKARTA: Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia Tjahjo Kumolo meninggal dunia pada Jumaat di Hospital Abdi Waluyo, Jakarta.
Tjahjo, 64, menghembuskan nafas terakhirnya pada 11.10 pagi waktu tempatan selepas menjalani rawatan intensif akibat jangkitan paru-paru selama hampir dua minggu.
Jenazah dikebumikan di kompleks Makam Pahlawan Kalibata di Jakarta Selatan pada 6 petang.
Tjahjo ialah kader Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung dari 2010 hingga 2014.
-- BERNAMA
#menteri Indonesia #Tjahjo Kumolo #Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia #Hospital Abdi Waluyo #meninggal dunia #Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan