awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Itali letak jawatan susulan kontroversi hubungan dengan 'influencer'

Bernama
Bernama
07/09/2024
06:00 MYT
Menteri Itali letak jawatan susulan kontroversi hubungan dengan 'influencer'
Sangiuliano dan Boccia. - Gambar/ IG mariarosariabocciaofficial
ROM: Menteri Kebudayaan Itali Gennaro Sangiuliano meletak jawatan susulan dakwaan bahawa beliau melantik kekasihnya sebagai penasihat kerajaan.
Dalam surat peletakan jawatannya, Sangiuliano menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri Giorgia Meloni atas sokongannya, lapor Agensi Berita Jerman dpa memetik Agensi Berita ANSA pada Jumaat.
Menteri berusia 62 tahun itu dikatakan menjalin hubungan sulit dengan seorang pempengaruh media sosial.
Pada 26 Ogos, Maria Rosaria Boccia, 41, memuat naik ucapan terima kasih kepada Sangiuliano di Instagram kerana melantiknya sebagai penasihat untuk acara-acara besar, termasuk mesyuarat menteri kebudayaan G7 yang dijadualkan akhir September di Pompeii.
Kementerian menafikan pelantikan itu dan Sangiuliano juga menafikan membayar Boccia menggunakan dana kerajaan.
Pempengaruh itu kemudiannya mendakwa menemani menteri itu dalam beberapa lawatan rasmi.
Atas cadangan Meloni, Presiden Sergio Mattarella melantik Alessandro Giuli sebagai menteri kebudayaan yang baharu. Beliau mengangkat sumpah di istana presiden pada malam Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menteri itali
#hubungan sulit
#influencer
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan