INTERNATIONAL

Menteri Jerman akan perkenal undang-undang kekang penyatuan semula keluarga migran

Bernama 25/05/2025 | 20:00 MYT
Alexander Dobrindt hadir pada satu sidang media di Berlin, Jerman, 20 Mei 2025. REUTERS
BERLIN: Menteri Dalam Negeri Jerman Alexander Dobrindt merancang untuk membentangkan undang-undang di kabinet bagi mengehadkan penyatuan semula keluarga bagi pelarian tertentu, menurut kementeriannya kepada Agensi Berita Jerman (dpa) pada Ahad.

Mengikut perancangan menteri itu, ahli keluarga kepada pelarian dengan status perlindungan terhad hanya dibenarkan menyertai mereka di Jerman selepas tempoh dua tahun, selaras dengan perjanjian gabungan antara parti konservatif Canselor Friedrich Merz dan Parti Demokrat Sosial (SPD).

Kes yang dianggap amat mendesak akan dikecualikan daripada peraturan penyatuan semula keluarga yang baharu.

"Setakat ini, seramai 1,000 orang sebulan dibenarkan menyertai keluarga mereka di Jerman. Itu sudah berakhir," kata Dobrindt kepada akhbar tabloid Jerman, Bild yang pertama melaporkan mengenai rancangan itu.

-- BERNAMA



#undang-undang #penyatuan keluarga pelarian #migran #Jerman #Alexander Dobrindt