BERLIN:Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn disahkan positif COVID-19.
Kementerian Kesihatan negara itu mengesahkan Spahn kini menjalani kuarantin di rumah dan proses mengesan kontak rapat sedang dijalankan.
Pendekatan Jerman dalam menangani pandemik itu dipuji secara meluas.
Spahn yang berusia 40 tahun sentiasa muncul dalam taklimat atau majlis menyampaikan pesanan kerajaan supaya mematuhi peraturan penjarakan fizikal dan kebersihan.
Spahn sering dilihat memakai pelitup muka apabila tidak dapat melakukan penjarakan fizikal.
Jumlah kes baharu di Jerman meningkat sejak beberapa minggu lepas.
Pusat kawalan penyakit negara itu, Institut Robert Koch mengesahkan 7,595 kes baharu direkodkan pada Rabu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 385,000 dengan 9,849 kematian.
Ridauddin Daud
Wed Oct 21 2020
Spahn selalu muncul dalam taklimat atau majlis bagi menyampaikan pesanan kerajaan supaya mematuhi peraturan penjarakan fizikal dan kebersihan. - REUTERS
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan Jerman positif COVID-19
Spahn kini menjalani kuarantin di rumah dan proses mengesan kontak rapat sedang dijalankan.