awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Kewangan Pakistan redakan kebimbangan pemiutang

Bernama
Bernama
24/09/2022
04:36 MYT
Menteri Kewangan Pakistan redakan kebimbangan pemiutang
Perdana Menteri Shehbaz Sharif membuat rayuan terdesak untuk mendapatkan "pelepasan hutang yang banyak" daripada negara-negara kaya. - Reuters
NEW DELHI: Pakistan pada Jumaat cuba meredakan kebimbangan pemiutang selepas Perdana Menteri Shehbaz Sharif membuat rayuan terdesak untuk mendapatkan "pelepasan hutang yang banyak" daripada negara-negara kaya.
"Memandangkan bencana yang melanda Pakistan disebabkan oleh iklim, kami sedang mendapatkan pelepasan hutang secara terus daripada pemiutang Paris Club. Kami tidak mencari, mahupun memerlukan, sebarang bantuan daripada bank perdagangan atau pemiutang Eurobond.
"Kami mempunyai bon AS$1 bilion yang perlu dibayar pada Disember yang akan kami bayar tepat pada masa dan sepenuhnya. Kami telah pun membayar semua hutang komersial kami dan akan terus berbuat demikian," kata Menteri Kewangan Miftah Ismail di Twitter.
Menteri itu berkata hutang Eurobond Pakistan ialah AS$8 bilion dan perlu dibayar dalam tempoh sekarang dan 2051.
"Itu bukan beban yang besar. Sebahagian besar hutang kami adalah dari negara-negara sahabat yang telah menyatakan mereka akan melabur semula deposit mereka," kata Miftah.
Bank Negara Pakistan (SBP) pada Ahad berkata Dana Saudi untuk Pembangunan (SFD) akan melanjutkan deposit AS$3 bilion yang matang pada 5 Dis untuk tempoh setahun lagi.
Pada Ogos, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan perjanjian pinjaman dengan Pakistan untuk mengeluarkan pembiayaan baharu bernilai kira-kira AS$1.1 bilion.
SBP pada Jumaat memaklumkan nilai rizab asing cairnya berjumlah AS$14 bilion setakat 16 September.
Terdapat kebimbangan mengenai kewajipan hutang Pakistan dan rizab pertukaran asingnya yang semakin berkurangan baru-baru ini berikutan keadaan politik tidak menentu.
Shehbaz, yang menjadi perdana menteri pada April, mencetuskan panik pasaran pada Jumaat apabila beliau membuat rayuan terdesak untuk pelepasan hutang antarabangsa dalam satu wawancara dengan Bloomberg Television di New York.
"Semuanya akan terganggu" jika pelepasan hutang segera tidak diberikan, katanya, memetik situasi bencana banjir di negara itu.
"Kami telah berbincang dengan pemimpin Eropah dan pemimpin lain yang ada di Paris Club untuk membantu dengan memberikan kami moratorium. Masa kami semakin suntuk," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#pelepasan hutang
#bencana alam
#IMF
#Shehbaz Sharif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan