awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN umum perubahan portfolio TKPE, perkukuh keberkesanan organisasi
UM bantu polis kesan Nawal Shahirah
Pembangunan mesti berteras kesejahteraan rakyat, bukan sekadar kemodenan fizikal - PM Anwar

'Kekeliruan tidak sepatutnya berlaku' dengan AS kini selesai - Menteri Korea Selatan

Bernama
Bernama
31/01/2026
20:45 MYT
'Kekeliruan tidak sepatutnya berlaku' dengan AS kini selesai - Menteri Korea Selatan
Kim menyatakan bahawa rang undang-undang khas tersebut dijangka diproses dengan cepat dan telah menjelaskan faktor kelewatan itu kepada pihak AS. - Gambar Facebook Kim Jung-Kwan
SEOUL: Menteri Perindustrian Korea Selatan Kim Jung-kwan pada Sabtu berkata "kekeliruan yang tidak sepatutnya berlaku" berhubung isu perdagangan telah berjaya diselesaikan melalui rundingannya dengan Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Howard Lutnick di Washington, lapor Agensi Berita Yonhap.

Ringkasan AI
  • Menteri Perindustrian Korea Selatan, Kim Jung-kwan, berjaya menyelesaikan isu perdagangan dengan Amerika Syarikat melalui rundingan dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick.
  • Kim menyatakan bahawa kekeliruan yang berlaku telah diselesaikan dan pemahaman bersama antara kedua negara telah meningkat.
  • Presiden AS, Donald Trump, sebelum ini mengancam untuk menaikkan tarif ke atas Korea Selatan akibat kelewatan dalam proses perundangan negara Asia itu bagi menyokong perjanjian perdagangan dua hala.

Kim membuat kenyataan itu sekembalinya beliau ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Incheon, barat Seoul, selepas mengadakan mesyuarat di Jabatan Perdagangan pada Khamis dan Jumaat (waktu AS), yang berakhir tanpa mencapai sebarang keputusan.
"Pemahaman bersama kami telah meningkat dengan ketara," kata Kim. "Saya percaya beberapa kekeliruan yang tidak sepatutnya berlaku telah pun diselesaikan."
Lawatan Kim dilakukan selepas Presiden AS Donald Trump pada Isnin mengancam untuk menaikkan tarif "timbal balik" dan duti kenderaan terhadap Korea Selatan kepada 25 peratus daripada 15 peratus, dengan alasan kelewatan dalam proses perundangan negara Asia itu bagi menyokong pelaksanaan perjanjian perdagangan dua hala.
Tahun lepas, kedua-dua negara bersetuju dengan perjanjian perdagangan yang menyaksikan Korea Selatan akan melabur sebanyak US$350 bilion di AS sebagai balasan kepada pengurangan kadar tarif.
Parti Demokrat yang memerintah telah mengemukakan rang undang-undang kepada parlimen pada November untuk melaksanakan perjanjian perdagangan dan pelaburan dua hala tersebut, namun ia masih belum diluluskan.
"Kami telah memberi penjelasan secukupnya bahawa kerajaan Korea Selatan sama sekali tidak mempunyai niat untuk tidak melaksanakan perjanjian tarif yang dicapai sebelum ini mahupun melambatkannya," kata Kim.
Menteri perindustrian itu menyatakan bahawa rang undang-undang khas tersebut dijangka diproses dengan cepat dan telah menjelaskan faktor kelewatan itu kepada pihak AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#pelaburan
#undang-undang khas
#tarif AS
#Kim Jung-kwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.