DUNIA
Menteri Luar Belgium kecam pendirian EU terhadap Gaza
Prevost merujuk kepada perpecahan dalam kalangan 27 negara anggota, yang selama beberapa bulan gagal mencapai kata sepakat tentang bagaimana untuk menghukum entiti Israel. - Foto FB Maxime Prévot
BRUSSELS: Menteri Luar Belgium Maxime Prevost pada Jumaat mengkritik pendirian Kesatuan Eropah (EU) berhubung situasi di Gaza, dengan menyifatkan kredibiliti dasar luar blok itu "dalam keadaan runtuh", lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Ringkasan AI
Prevost dalam satu kenyataan berkata, "Tidak syak lagi Kesatuan Eropah (EU) tidak menunaikan tanggungjawabnya dalam krisis kemanusiaan besar ini," sambil menambah, "Jelas bahawa, di mata orang ramai, kredibiliti dasar luar EU dalam isu ini sedang runtuh."
Beliau merujuk kepada perpecahan dalam kalangan 27 negara anggota, yang selama beberapa bulan gagal mencapai kata sepakat tentang bagaimana untuk menghukum entiti Israel atas perang yang memusnahkan Semenanjung Gaza sejak lebih dua tahun lalu.
"Terdapat kewajipan moral, dan juga keperluan undang-undang untuk bertindak; negara-negara adalah pihak kepada konvensyen dan perjanjian antarabangsa yang mewajibkan mereka mengambil semua langkah perlu untuk menghalang berlakunya genosid," katanya. "Kita mesti menjadi pembela proaktif undang-undang antarabangsa."
Menteri itu turut menegaskan bahawa matlamatnya adalah untuk "menghantar mesej politik dan diplomatik yang kuat" serta "menekan kerajaan Israel supaya segera bertindak balas terhadap kecemasan kemanusiaan" di Gaza.
Belgium minggu ini memutuskan untuk mengenakan beberapa siri sekatan ekonomi, konsular dan lain-lain terhadap Israel dan beberapa menterinya, serta berikrar untuk mengiktiraf Negara Palestin.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Menteri Luar Belgium kritik EU kerana gagal bertindak tegas terhadap Israel dalam krisis Gaza, menyifatkan kredibiliti dasar luar EU sedang runtuh.
- EU gagal capai kata sepakat untuk menghukum Israel walaupun perang di Gaza berlarutan lebih dua tahun, sedangkan wujud kewajipan undang-undang menghalang genosid.
- Belgium kenakan sekatan terhadap Israel dan berikrar mengiktiraf Negara Palestin, sambil mendesak tindakan diplomatik lebih tegas.
Prevost dalam satu kenyataan berkata, "Tidak syak lagi Kesatuan Eropah (EU) tidak menunaikan tanggungjawabnya dalam krisis kemanusiaan besar ini," sambil menambah, "Jelas bahawa, di mata orang ramai, kredibiliti dasar luar EU dalam isu ini sedang runtuh."
Beliau merujuk kepada perpecahan dalam kalangan 27 negara anggota, yang selama beberapa bulan gagal mencapai kata sepakat tentang bagaimana untuk menghukum entiti Israel atas perang yang memusnahkan Semenanjung Gaza sejak lebih dua tahun lalu.
"Terdapat kewajipan moral, dan juga keperluan undang-undang untuk bertindak; negara-negara adalah pihak kepada konvensyen dan perjanjian antarabangsa yang mewajibkan mereka mengambil semua langkah perlu untuk menghalang berlakunya genosid," katanya. "Kita mesti menjadi pembela proaktif undang-undang antarabangsa."
Menteri itu turut menegaskan bahawa matlamatnya adalah untuk "menghantar mesej politik dan diplomatik yang kuat" serta "menekan kerajaan Israel supaya segera bertindak balas terhadap kecemasan kemanusiaan" di Gaza.
Belgium minggu ini memutuskan untuk mengenakan beberapa siri sekatan ekonomi, konsular dan lain-lain terhadap Israel dan beberapa menterinya, serta berikrar untuk mengiktiraf Negara Palestin.
-- BERNAMA

#Menteri Luar Belgium
#pendirian Kesatuan Eropah
#Gaza
#kredibiliti dasar luar
#krisis kemanusiaan
#Israel