DUNIA
Menteri Luar China, Kemboja, Thailand minum teh bersama di barat daya China
Ketiga-tiga pihak mengadakan perbincangan mesra dan terbuka dalam suasana harmoni, termasuk mengenai konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand. - Foto REUTERS
BEIJING: Menteri Luar China Wang Yi pada Khamis menjemput Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn dan Menteri Luar Thailand Maris Sangiampongsa untuk menghadiri perjumpaan minum teh di Anning, wilayah Yunnan, barat daya China.
Menurut Xinhua, ketiga-tiga pihak mengadakan perbincangan mesra dan terbuka dalam suasana harmoni, termasuk mengenai konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand.
Wang, yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, berkata kedua-dua negara tidak mahu konflik sempadan berlarutan dan masing-masing bersedia menyambung semula dialog serta memperbaiki hubungan. Beliau menambah bahawa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) yang diadakan di Anning menyediakan peluang untuk mencapai matlamat tersebut.
Beliau turut menekankan bahawa perkataan "Anning" dalam bahasa China membawa maksud keamanan, keharmonian dan persahabatan - dan diharapkan kedua-dua negara dapat bersuara untuk keamanan ketika berada di Anning.
Menegaskan bahawa China menyokong Kemboja dan Thailand dalam mengadakan dialog, menghapuskan salah faham, membina semula kepercayaan bersama serta memulihkan pertukaran dan kerjasama seperti biasa, Wang berkata China menyokong pelaksanaan sepenuhnya konsensus yang dicapai pada sesi luar biasa Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Kemboja-Thailand dan mengukuhkan gencatan senjata tanpa berlengah.
China juga menyokong peranan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam menyelesaikan isu mengikut cara ASEAN, menyokong kedua-dua pihak dalam memenuhi keperluan rakyat masing-masing serta membuka semula pintu sempadan secepat mungkin, kata Wang.
China bersedia memberikan sokongan dan bantuan untuk kerja-kerja pembersihan periuk api serta aktiviti lain di kawasan sempadan Kemboja dan Thailand mengikut persetujuan kedua-dua pihak, katanya. Beliau menambah bahawa Kemboja dan Thailand adalah jiran dan bersaudara selama-lamanya, dan diyakini kedua-duanya mampu mengurus pertikaian secara baik serta bekerjasama menangani pelbagai cabaran global.
Perkara ini pasti akan dialu-alukan oleh rakyat kedua-dua negara dan merupakan harapan bersama negara-negara serantau, kata Wang.
Menteri luar Kemboja dan Thailand pula menghargai peluang yang diberikan China untuk mewujudkan komunikasi antara kedua-dua pihak, serta menghargai peranan konstruktif China dalam meredakan keadaan dan menggalakkan dialog.
Kedua-dua pihak menekankan nilai keamanan dan kepentingan hubungan kejiranan yang baik, serta menegaskan semula kesediaan mereka untuk secara aktif melaksanakan perjanjian gencatan senjata, menggunakan sepenuhnya mekanisme dialog, dan mengurus serta menyelesaikan pertikaian melalui cara yang aman.
-- BERNAMA