[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
INTERNATIONAL

Menteri Luar China Qin Gang dipecat - Laporan

Bernama 25/07/2023 | 13:36 MYT
Menteri Luar China Qin Gang dikatakan telah dilucutkan daripada jawatannya dalam satu undian oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan. - Gambar fail/AP
BEIJING: Menteri Luar China Qin Gang dikatakan telah dilucutkan daripada jawatannya dalam satu undian oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan CCTV.
Bagaimanapun, belum ada penjelasan rasmi mengenai perkara itu.
Penyandang jawatan itu, Wang Yi akan memegang jawatan itu semula.
Qin tidak kelihatan di khalayak ramai selama sebulan, mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai keberadaannya.
Jurucakap Kementerian Luar sebelum ini mendakwa beliau tidak sihat.
-- BERNAMA
#Menteri Luar China dipecat #Qin Gang #dilucutkan jawatan #wang yi