KUALA LUMPUR: Menteri Luar II Brunei, Erywan Mohd Yusof dilantik sebagai Duta Khas ASEAN ke Myanmar, menurut pernyataan bersama Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-54 yang dikeluarkan hari ini.
Menteri itu akan memulakan tugas di Myanmar, termasuk membina keyakinan dan kepercayaan dengan mendapat kebenaran bertemu semua pihak berkaitan, menyediakan jadual pelaksanaan Konsensus Lima Perkara kepada mesyuarat Menteri Luar ASEAN.
"Kami membincangkan perkembangan terbaru di Myanmar dan menyuarakan kebimbangan kami berhubung keadaan di negara itu, termasuk laporan mengenai kematian dan keganasan. Kami juga mendengar tuntutan bagi pembebasan tahanan politik termasuk warga asing," menurut pernyataan bersama itu.
Pernyataan itu menyatakan, menteri luar ASEAN turut mengalu-alukan komitmen Myanmar terhadap Konsensus Lima Perkara Mesyuarat Pemimpin ASEAN pada 24 April 2021 yang dianggap tepat pada masanya dan kesediaannya menerima pelaksanaan tuntutan permuafakatan itu sepenuhnya.
Konsensus itu antara lain menghentikan serta-merta keganasan di Myanmar, dialog konstruktif antara semua pihak, pelantikan duta khas sebagai perantara, menyalurkan bantuan kemanusiaan melalui Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA) dan duta khas akan melawat Myanmar dan bertemu dengan semua pihak yang berkenaan.
"Kami mengalu-alukan kemas kini terbaru yang disediakan oleh Setiausaha Agung ASEAN berhubung status Konsensus Lima Perkara.
"Kami mengukuhkan peranan Pusat AHA bagi menyediakan bantuan kemanusiaan di Myanmar seperti yang dimandatkan oleh Konsensus Lima Perkara Mesyuarat Pemimpin ASEAN. Kami menyarankan Lembaga Pentadbir Pusat AHA supaya segera memulakan kerja berkaitan garis panduan dasar untuk melaksanakan Konsensus Lima Perkara itu," menurut pernyataan berkenaan.
Sementara itu, AMM ke-54 turut bersetuju untuk menganugerahkan status Rakan Dialog ASEAN kepada United Kingdom.
Mengenai permohonan Timor Leste menyertai ASEAN, pernyataan itu menyatakan AMM merujuk kepada kemajuan yang dicapai Misi Mencari Maklumat (FMM) ke negara itu berhubung persediaan pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC).
Ia juga mengalu-alukan usaha AEC dan ASCC menggerakkan inisiatif ini dengan mengadakan sidang maya dengan pihak terbabit di Timor Leste sebagai persiapan untuk FFM berkenaan.
"Berhubung APSC FFM, kami mengesahkan komitmen kami untuk terus meneroka jalan menyediakan bantuan pembangunan kapasiti kepada Timor Leste, terutama menerusi pembabitan aktiviti bukan pembuat dasar di ASEAN," menurut pernyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 04 2021
Erywan akan memulakan tugas di Myanmar, termasuk membina keyakinan dan kepercayaan dengan mendapat kebenaran bertemu semua pihak berkaitan, menyediakan jadual pelaksanaan Konsensus Lima Perkara kepada mesyuarat Menteri Luar ASEAN. - Foto Reuters
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.