JAKARTA: Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi pada Isnin menekankan tiga aspek dalam menangani cabaran keselamatan di rantau ASEAN.
"Aspek pertama ialah menangani cabaran keselamatan baharu," katanya pada Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) ke-27 di Jakarta.
Mesyuarat APSC adalah sebahagian daripada siri acara Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta. Siri mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung dari 2-7 Sept 2023, dan telah disertai oleh 19 pemimpin negara, termasuk negara-negara rakan ASEAN.
Menurut Menteri Marsudi, Kerajaan Indonesia berjaya menangani 2,061 kes pemerdagangan manusia melalui penipuan dalam talian sejak tiga tahun lepas.
Pendekatan yang lebih komprehensif diperlukan untuk membasmi jenayah pemerdagangan manusia, termasuk dengan melengkapkan Perjanjian Ekstradisi ASEAN yang telah lama tertangguh, tambahnya.
Satu laporan Interpol meramalkan jumlah kerugian akibat jenayah siber akan meningkat sebanyak 15 peratus setiap setahun sehingga 2025.
Oleh itu, langkah konkrit untuk mengatasi masalah itu diperlukan, termasuk mengukuhkan pengurusan sempadan, kerjasama keselamatan siber di rantau ini, dan menyediakan bantuan perundangan bersama yang berkesan dan cekap, kata menteri itu, lapor Agensi Berita ANTARA.
Sementara itu, aspek kedua ialah menggalakkan penambahbaikan dalam pengendalian hak asasi manusia, katanya.
Menteri Marsudi kemudiannya mengetengahkan Pembukaan Piagam ASEAN, yang menggariskan keperluan untuk mengatasi cabaran hak asasi manusia yang terus berkembang dalam usaha memastikan hak masyarakat ASEAN.
"Terlibat dalam dialog inklusif adalah penting. Inilah sebab mengapa Indonesia meneruskan Deklarasi Pemimpin mengenai Dialog Hak Asasi Manusia ASEAN," katanya.
Beliau seterusnya berkata tahun ini, Indonesia akan menjadi tuan rumah Dialog Hak Asasi Manusia ke-5.
Beliau kemudian meminta sokongan daripada semua pihak untuk membantu dialog itu menjana demokrasi yang lebih baik dan tadbir urus yang baik di rantau ini, termasuk dengan menganjurkan dialog hak asasi manusia setiap tahun.
Menurut Marsudi, aspek ketiga ialah meningkatkan kerjasama maritim di rantau ASEAN.
"Rantau Indo-Pasifik yang luas mempunyai potensi strategik. Bagaimanapun, kepentingan negara besar lain di dunia boleh membahayakan keamanan dan kestabilan di rantau kita," katanya.
Oleh itu, beliau mendesak penggunaan undang-undang antarabangsa yang lebih konsisten, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS), dan perjanjian serantau, seperti Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), serta Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC), dan ASEAN Outlook on Indo-Pacific (AOIP), sebagai bahagian penting dalam usaha bersama.
Selain itu, beliau meminta kerjasama dalam menangani jenayah terancang rentas negara, seperti penangkapan ikan yang menyalahi undang-undang, tidak berdokumen dan tidak patuh (IUU Fishing).
--BERNAMA-ANTARA
TAG: Indonesia, mesyuarat, APSC, cabaran keselamatan, rantau ASEAN
Bernama
Tue Sep 05 2023
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi pada Isnin menekankan tiga aspek dalam menangani cabaran keselamatan di rantau ASEAN.- Foto REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Malaysia bincang isu penculikan dengan Indonesia - Wisma Putra
Pertemuan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan Menteri Luar Negeri Indonesia, dilihat perbincangan dua hala insiden penculikan dua warganegara Indonesia pada 5 November lepas.