INTERNATIONAL
Menteri Luar Iran akan lawat Pakistan

Araghchi (gambar) sebelum ini menyatakan kesediaan Iran untuk menjadi orang tengah antara India dan Pakistan susulan ketegangan berikutan serangan bersenjata ke atas pelancong di Kashmir yang ditadbir India. - Gambar fail/AP
NEW DELHI: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi akan mengadakan lawatan ke Pakistan pada Isnin ketika ketegangan geopolitik terus memuncak di Asia Selatan.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, Araghchi dijadual menghadap Presiden Asif Ali Zardari, Perdana Menteri Muhammad Shehbaz Sharif serta Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Senator Mohammad Ishaq Dar.
Iran dan Pakistan akan membincangkan kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan global, menurut kenyataan itu.
Kedutaan Iran di Islamabad memaklumkan menerusi laman X bahawa Araghchi akan mengetuai delegasi bagi rundingan dua hala.Beliau sebelum ini menyatakan kesediaan Iran untuk menjadi orang tengah antara India dan Pakistan susulan ketegangan berikutan serangan bersenjata ke atas pelancong di Kashmir yang ditadbir India.
Media India melaporkan Araghchi turut dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya di New Delhi selepas lawatan ke Pakistan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami