DUNIA
Menteri Luar Iran beri amaran kepada kuasa Eropah agar tidak kembalikan sekatan
Abbas Araghchi berkata, kuasa Eropah akan "kehilangan semuanya" sekiranya mereka meneruskan langkah untuk mengembalikan sekatan antarabangsa ke atas Tehran. - Reuters
TEHRAN: Menteri Luar Iran Seyyed Abbas Araghchi memberi amaran pada Sabtu bahawa kuasa Eropah akan "kehilangan semuanya" sekiranya mereka meneruskan langkah untuk mengembalikan sekatan antarabangsa ke atas Tehran menerusi mekanisme "snapback", lapor Xinhua.
Amaran itu dinyatakan Araghchi dalam satu hantaran di platform X sebagai reaksi terhadap keputusan Perancis, Jerman dan Britain bulan lepas untuk mengaktifkan proses yang boleh memulihkan sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah dimansuhkan di bawah perjanjian nuklear 2015.
Klausa "snapback" dalam perjanjian berkenaan, yang secara rasmi dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), membenarkan pihak terbabit mengenakan semula sekatan sekiranya Iran gagal mematuhi komitmennya.
Iran menandatangani JCPOA dengan Britain, China, Perancis, Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat pada 2015, bersetuju mengehadkan program nuklearnya sebagai pertukaran bagi pengurangan sekatan. Bagaimanapun, Washington menarik diri pada 2018 dan mengenakan semula sekatan, mendorong Teheran mengurangkan sebahagian komitmennya.
-- BERNAMA