DUNIA
Menteri Luar Iran dakwa terselamat daripada cubaan bunuh semasa perang 12 hari dengan Israel
Abbas mengesahkan terdapat bom yang diletakkan di luar kediamannya. - Foto Reuters
ISTANBUL: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi pada Ahad mendedahkan bahawa beliau terselamat daripada cubaan bunuh ketika konflik 12 hari antara Iran dan Israel baru-baru ini, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.
Ringkasan AI
Abbas mengesahkan terdapat bom yang diletakkan di luar kediamannya ketika ditanya sama ada beliau pernah menjadi sasaran cubaan bunuh dalam wawancara bersama televisyen nasional.
"Namun rakan-rakan (pasukan keselamatan) berjaya mengawalnya," katanya.
Mengulas mengenai pembunuhan Ketua Politik Hamas Ismail Haniyeh di Tehran tahun lalu, Araghchi berkata satu mesyuarat diadakan dengan kehadiran Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei selepas insiden itu, yang menghasilkan kata sepakat untuk bertindak balas terhadap Israel.
Menurut beliau, terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan pegawai kanan Iran mengenai masa dan kaedah terbaik untuk bertindak balas.
"Panglima tentera percaya serangan balas hanya wajar dilakukan apabila kita benar-benar yakin dengan kemampuan untuk mempertahankan negara," kata Abbas.
Ketika menjawab soalan berhubung rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) beliau mendakwa AS mengamalkan dasar tekanan maksimum dan turut mengugut untuk menghantar pasukan tentera ke rantau itu.
"Pada waktu itu, Pemimpin Tertinggi menyatakan: 'Kita akan mengadakan rundingan, tetapi secara tidak langsung'," katanya.
Rundingan antara Iran dan AS dijalankan melalui pengantaraan Oman, sehingga serangan mengejut Israel terhadap Iran pada 13 Jun lalu yang mencetuskan perang 12 hari, menyasarkan kemudahan ketenteraan, nuklear, lokasi awam, serta pegawai kanan tentera dan saintis nuklear Iran.
Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron, manakala AS pula membedil tiga tapak nuklear Iran.
Konflik itu akhirnya dihentikan menerusi perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 24 Jun.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Menteri Luar Iran terselamat daripada cubaan bunuh: Abbas Araghchi mendedahkan terdapat bom diletakkan di luar kediamannya semasa konflik 12 hari antara Iran dan Israel, namun berjaya dikawal oleh pasukan keselamatan.
- Iran bertindak balas terhadap pembunuhan Ismail Haniyeh: Mesyuarat bersama Ayatollah Khamenei menghasilkan kata sepakat untuk bertindak balas terhadap Israel, walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan pegawai kanan.
- Rundingan nuklear Iran-AS tergendala akibat perang: Rundingan melalui Oman terganggu selepas serangan Israel pada 13 Jun, yang mencetuskan perang 12 hari dan berakhir dengan gencatan senjata pada 24 Jun.