awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Isma Aliff meninggal dunia
Agong zahir nasihat tegas kepada PTD baharu, pastikan junjung integriti dan amanah
"Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri" - Akmal Saleh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif letak jawatan

Astro Awani
Astro Awani
25/02/2019
23:13 MYT
Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif letak jawatan
MOHAMMAD JAVA: Saya minta maaf kerana tidak dapat meneruskan tugas ini. - Foto Reuters/Anushree Fadnavis
MENTERI Luar Negara Iran, Mohammad Java Zarif mengumumkan peletakan jawatan secara mengejut pada Selasa.
Dalam satu entri di akaun Instagram miliknya, Mohammad Java turut meminta maaf ke atas segala kekurangan semasa memegang jawatan dalam kerajaan.
Beliau memainkan peranan penting dalam perundingan perjanjian nuklear pada 2015 antara Iran dan beberapa kuasa besar antarabangsa.
Namun perjanjian itu kini dalam ketidaktentuan selepas Presiden Donald Trump menarik keluar penglibatan Amerika Syarikatn dalam rundingan tersebut.
Kementerian Luar Negara Iran mengesahkan peletakan jawatan itu, lapor agensi berita IRNA.
Pemimpin berusia 59 tahun itu menerima pendidikan di Amerika Syarikat dan mempunyai PhD dalam undang-undang antarabangsa dari Universiti Denver.
Beliau telah berkhidmat sebagai duta Iran kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan dilantik sebagai Menteri Luar Negara pada 2013 selepas Presiden Hassan Rouhani dipilih untuk mengetuai Iran.
Mohammad Java tidak menjelaskan sebab disebalik peletakan jawatan itu dan hanya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Iran dan pihak berkuasa negara berkenaan.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat meneruskan tugas ini dan juga untuk segala kekurangan saya semasa memegang jawatan tersebut," tulisnya dalam entri pada akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
A post shared by Javad Zarif (@jzarif_ir) on
Feb 25, 2019 at 11:51am PST
Hassan Rouhani masih belum mempersetujui peletakan jawatan tersebut.
Baru-baru ini Mohammad Java menerima kencaman selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada rundingan perjanjian nuklear Iran yang akan menghadkan penglibatan negara Arab itu dalam aktiviti nuklear.
Pada Isnin, Mohammad Java turut tidak menghadiri perjumpaan Presiden Syria, Bashar al-Assad bersama pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei di Tehran.
Iran merupakan penyokong terbesar kerjaan Syria semasa perang saudara tercetus di negara itu.
Selain daripada Rusia, Tehran satu-satunya negara yang dilawati Assad sejak bermulanya perang saudara itu pada 2011.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Iran
#letak jawatan
#Menteri Luar Negara
#Mohammad Java Zarif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan