awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
[KOLUMNIS] Mesyuarat tergempar UNSC mengenai AS-Venezuela: Kemungkinan yang boleh diduga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Nigeria beri amaran campur tangan asing dalam protes kos sara hidup

Bernama
Bernama
08/08/2024
02:10 MYT
Menteri Luar Nigeria beri amaran campur tangan asing dalam protes kos sara hidup
Beberapa orang dilihat mengibarkan bendera Rusia ketika mengambil bahagian dalam protes kos sara hidup di Kaduna, Nigeria, 5 Ogos 2024. (Foto AP)
ABUJA: Menteri Luar Nigeria, Yusuf Tuggar pada Rabu menggesa misi diplomatik agar tidak campur tangan dalam protes kos sara hidup yang sedang berlangsung di negara itu, dengan menyatakan bahawa kerajaan sedang bekerja keras untuk menangani kebimbangan rakyat, lapor Xinhua.
Berucap pada sesi mesyuarat dengan anggota kor diplomatik di Abuja, Tuggar meminta sokongan kolaboratif daripada komuniti antarabangsa dalam menangani cabaran ekonomi dan memastikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Nigeria di dalam dan luar negara.
"Walaupun kerajaan terus berusaha keras melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk menangani cabaran yang dihadapi Nigeria dan rakyatnya, adalah penting bahawa tiada negara yang membenarkan campur tangan asing dalam hal ehwal domestiknya," katanya.
Tuggar berkata Nigeria ditadbir oleh undang-undang dan kerajaan akan melakukan segala yang termampu untuk melindungi rakyatnya.
"Kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana entiti asing yang berada di Nigeria yang didapati secara langsung atau tidak langsung menyokong penunjuk perasaan dengan apa cara sekalipun atau cuba campur tangan dalam hal ehwal dalaman," katanya.
Protes yang berlanjutan selama 10 hari itu bertujuan untuk mendesak kerajaan menangani isu ekonomi di tengah-tengah krisis kos sara hidup yang serius di negara Afrika Barat itu.
Bagaimanapun, demonstrasi yang bermula pada 1 Ogos itu bertukar ganas di beberapa bandar utama, menyebabkan pihak polis meningkatkan kawalan keselamatan.
Kadar inflasi di Nigeria meningkat kepada 34.19 peratus pada Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nigeria
#Penunjuk perasaan
#campur tangan
#Yusuf Tuggar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan