awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Palestin seru lebih banyak negara iktiraf Palestin di UNGA

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2025
11:20 MYT
Menteri Luar Palestin seru lebih banyak negara iktiraf Palestin di UNGA
Dr Varsen Aghabekian Shahin, menyeru lebih banyak negara mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat menjelang sesi UNGA. -Gambar fail/AP
RAMALLAH: Menteri Luar Palestin, Dr Varsen Aghabekian Shahin, menyeru lebih banyak negara agar mengiktiraf negara Palestin menjelang sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) minggu ini, sambil menyifatkan langkah tersebut sebagai mesej bawa harapan kepada rakyat Palestin.

Ringkasan AI
  • Menteri Luar Palestin, Dr Varsen Aghabekian Shahin, menyeru lebih banyak negara mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat menjelang sesi UNGA, sebagai mesej harapan kepada rakyat Palestin.
  • Beliau menegaskan pengiktirafan rasmi membawa implikasi undang-undang jelas, termasuk penolakan tuntutan kedaulatan Israel ke atas wilayah Palestin, dan menggesa negara ragu-ragu menyertai gelombang sokongan global.
  • Sekurang-kurangnya 10 negara dijangka mengumumkan pengiktirafan rasmi dalam masa terdekat, dengan inisiatif ini diselaraskan oleh jawatankuasa khas di bawah Presiden Mahmoud Abbas dan sokongan negara Arab serta Eropah.

Dalam sidang media di Ramallah, beliau mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang telah mengiktiraf atau sedang bersiap untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.
“Beberapa negara akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi. Ini bukan sekadar tindakan diplomatik, tetapi mesej harapan untuk sebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat,” katanya.
Dr Aghabekian menegaskan bahawa pengiktirafan rasmi akan membawa implikasi undang-undang yang jelas, termasuk penolakan terhadap sebarang tuntutan kedaulatan Israel ke atas wilayah Palestin.
“Israel tidak mempunyai hak kedaulatan ke atas wilayah negara kami,” tegas beliau.
Beliau turut menggesa negara-negara yang masih ragu-ragu agar menyertai gelombang sokongan global yang semakin meningkat.
“Suara rakyat Palestin akan bergema dengan lantang di dalam dewan PBB minggu ini,” katanya, merujuk kepada sesi UNGA yang bakal berlangsung di New York.
Menurut laporan The Media Line, yang memetik kenyataan Dr Aghabekian pada 13 Ogos lalu berkata, sekurang-kurangnya 10 negara dijangka mengumumkan pengiktirafan rasmi dalam masa terdekat, termasuk United Kingdom, Australia, Perancis, Kanada, dan Singapura.
Inisiatif ini diselaraskan oleh jawatankuasa khas di bawah Presiden Mahmoud Abbas, dengan sokongan negara-negara Arab dan Eropah.
Dr Aghabekian turut menyatakan bahawa pendudukan Israel merupakan “akar kepada segala kejahatan di rantau ini”, dan menyeru masyarakat antarabangsa agar melaksanakan resolusi PBB yang telah lama tertangguh demi keadilan dan keamanan serantau.
Topic Berkaitan
#Varsen Aghabekian Shahin
#Menteri Luar Palestin
#iktiraf Palestin
#negara berdaulat
#UNGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan