Menteri Luar Rusia Lavrov akan pengerusikan mesyuarat UNSC mengenai Timur Tengah

Bernama
April 4, 2023 11:55 MYT
Pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada penyelesaian konflik Palestin-Israel yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan dan ketegangan yang semakin meningkat. - Gambar YouTube/ United Nations
NEW YORK: Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai Timur Tengah pada 25 April, menurut Wakil Tetap Rusia ke PBB Vasily Nebenzya pada Isnin.
Dalam sidang media, Nebenzya berkata pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada penyelesaian konflik Palestin-Israel yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan dan ketegangan yang semakin meningkat, lapor Petra.
"Selain itu, Lavrov dijadual mempengerusikan satu lagi mesyuarat pada 24 April, yang mempromosikan multilateralisme berkesan melalui pembelaan prinsip-prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," kata Nebenzya.
--BERNAMA-PETRA
#PBB #UNSC #konflik #Palestin