JAKARTA: Menteri-menteri luar ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ujian peluru berpandu balistik antara benua dan pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara baru-baru ini.
Menurut satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman sesawang ASEAN, para menteri berkata perkembangan membimbangkan ini mencerminkan ketegangan di Semenanjung Korea semakin meruncing serta mengancam keamanan dan kestabilan di rantau ini dan di dunia.
Menteri-menteri luar ASEAN menggesa Korea Utara meredakan ketegangan dan mengelakkan segala tindakan yang mungkin memburukkan keadaan serta mematuhi semua Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan.
Usaha diplomatik, termasuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk sesi dialog antara semua pihak yang berkenaan harus kekal menjadi keutamaan.
Menteri-menteri luar ASEAN juga bersedia memainkan peranan membina, termasuk melalui penggunaan mekanisme yang diterajui ASEAN, seperti Forum Serantau ASEAN bagi mencari penyelesaian secara aman untuk mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear.
Korea Selatan dan Amerika Syarikat melancarkan lapan peluru berpandu permukaan ke permukaan pada Isnin sebagai tindak balas terhadap lapan peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara Ahad lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022

Menteri-menteri luar ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ujian peluru berpandu balistik antara benua dan pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara baru-baru ini. - Gambar fail/AP

Remajakan parti: UMNO Perak akan ketengah ramai calon muda dalam PRU15 - Saarani
UMNO Perak dijangka mengetengahkan lebih ramai calon muda sebagai usaha meremajakan parti itu bukan sahaja untuk PRU15 malah demi masa depan parti.

Jenayah | Kegiatan pinjaman wang berlesen lumpuh
Polis Terengganu berjaya melumpuhkan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen yang berselindung di sebalik perniagaan rokok seludup. Kegiatan empat lelaki berusia antara 26 hingga 34 tahun yang beroperasi di dua kediaman sekitar bandaraya itu terbongkar selepas premis berkenaan diserbu pada rabu dan Khamis.

Pelancongan | Thailand rekod 3.78 juta pelancong
Seramai 3.78 juta ketibaan pelancong ke Thailand direkodkan dari Januari hingga 17 Ogos lalu. Menurut jurucakap kerajaannya, ketibaan itu terutamanya dari Malaysia, India dan Singapura yang menjana pendapatan 176 bilion baht.

Kempen PRU | Ini masa terbaik ahli PKR rapatkan barisan
Sudah tiba masanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) merapatkan barisan, menerima kepimpinan tertinggi yang dipilih serta menggerakkan strategi baharu untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) . Jelas Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Sivamurugan Pandian, apa sahaja keputusan dicapai pemilihan baru-baru ini harus dihormati dan diraikan bagi memenangkan parti menjelang PRU15 akan datang.

Projek jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar dijangka mula sebelum hujung tahun ini - MB Perak
Projek pembinaan jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar berhampiran Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan dijangka akan dimulakan sebelum penghujung tahun ini.

Tabika Kemas kisah kejayaan kerajaan - PM
Pelaksanaan Tabika Kemas merupakan antara kisah kejayaan kerajaan kerana ramai yang berjaya hari ini, termasuk pemimpin mula mendapat pendidikan awal di pusat bimbingan kanak-kanak tersebut.

Dasar kerajaan dan kejayaan perlu diperjelas, pastikan rakyat dapat maklumat tepat - PM
Dasar kerajaan dan kejayaan pelaksanaannya perlu diperjelas kepada rakyat supaya tidak keliru dengan fitnah dan kempen anti kerajaan.

Laris! Buku kompilasi foto Jung Kook habis terjual dalam seminit
Meskipun kehabisan stok, rata-rata peminat masih meminta agar pihak Jung Kook menambah stok untuk jualan dalam talian.

Segerakan PRU15 atau UMNO, BN tewas - Zahid Hamidi
Parti berkenaan sudah lama membuat pendirian tersebut dan kini terpulanglah kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti UMNO.

Catat semua A dalam peperiksaan, Aaron Aziz bangga pencapaian anak
Anak perempuan kepada aktor kacak Datuk Aaron Aziz, Dwi Ariana mempamerkan keputusan peperiksaan di dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Moral pemain JDT merosot selepas ketinggalan dua gol - Bidoglio
Dua jaringan awal Urawa Red Diamonds telah 'membunuh' semangat JDT ketika tewas 0-5 pada pertembungan pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC 2022.

Remajakan parti: UMNO Perak akan ketengah ramai calon muda dalam PRU15 - Saarani
UMNO Perak dijangka mengetengahkan lebih ramai calon muda sebagai usaha meremajakan parti itu bukan sahaja untuk PRU15 malah demi masa depan parti.

Jenayah | Kegiatan pinjaman wang tidak berlesen lumpuh
Polis Terengganu berjaya melumpuhkan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen yang berselindung di sebalik perniagaan rokok seludup. Kegiatan empat lelaki berusia antara 26 hingga 34 tahun yang beroperasi di dua kediaman sekitar bandar raya itu terbongkar selepas premis berkenaan diserbu pada Rabu dan Khamis.