[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Menteri Pelancongan Nepal maut dalam nahas helikopter

Astro Awani 27/02/2019 | 10:50 MYT
Rabindra Adhikari antara penumpang yang maut dalam nahas helikopter di Tehrathum, Nepal.
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas dan mengorbankan tujuh orang termasuk Menteri Pelancongan Nepal, Rabindra Adhikari.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di daerah Tehrathum, Nepal.

Selain Rabindra, helikopter Air Dynasty itu turut membawa enam penumpang lain iaitu pegawai penerbangan, Ang Tsering Sherpa, usahawan, Yubaraj Dahal, pembantu peribadi Perdana Menteri, Khadga Prasad Sharma Oli dan Timbalan Ketua Pengarah Penerbangan Awam Nepal,Birendra Prasad Shrestha.

Helikopter itu dilaporkan gagal dikesan sebelum penduduk Pathibara membuat laporan kepada polis selepas melihat satu kebakaran di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri dan Majlis Menteri mengarahkan satu mesyuarat kabinet tergempar diadakan susulan kejadian itu.



#helikopter terhempas #Menteri Pelancongan Nepal Rabindra Adhikari maut #nahas helikopter #Nepal #penerbangan #Perdana Menteri