awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MCA tiada niat tinggalkan BN - Wee Ka Siong
Kerajaan tidak halang Selangor laksana ternakan babi berpusat, moden - Mohamad Sabu
Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Perindustrian Korea Selatan tekad capai perjanjian tarif adil dengan AS

Bernama
Bernama
13/10/2025
09:04 MYT
Menteri Perindustrian Korea Selatan tekad capai perjanjian tarif adil dengan AS
Korea Selatan sedang meneruskan rundingan dengan Washington bagi menyelesaikan perbezaan berhubung butiran pembentukan dan pengurusan pakej pelaburan Korea untuk AS.
Kerajaan Korea Selatan akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai perjanjian tarif yang "munasabah" dan "adil" dengan Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Perindustrian Kim Jung-kwan pada Isnin sambil memberi jaminan bahawa kerajaan akan melindungi ekonomi negara itu di tengah-tengah ketidaktentuan perdagangan global yang semakin meningkat, lapor Agensi Berita Yonhap.
"Kami sedang meneruskan rundingan dengan Washington bagi menyelesaikan perbezaan berhubung butiran pembentukan dan pengurusan pakej pelaburan Korea untuk AS, dan akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai perjanjian yang munasabah dan adil (dengan AS) dengan mengutamakan kepentingan negara," kata Kim semasa sesi audit tahunan Parlimen terhadap agensi kerajaan.
Beliau berkata kerajaan Korea Selatan akan menggunakan perjanjian tarif dengan pentadbiran Presiden AS Donald Trump sebagai peluang untuk membantu industri strategik Korea mengembangkan kedudukannya dalam ekonomi terbesar dunia itu.
Sejak memeterai perjanjian rangka kerja perdagangan pada akhir Julai, kedua-dua negara berusaha menyelesaikan perbezaan pendapat mengenai kaedah pembiayaan pelaburan AS$350 bilion yang dirancang oleh Korea di AS serta perkongsian keuntungan.
"Kami berdepan ketidaktentuan yang semakin meningkat susulan dasar perlindungan perdagangan yang diterajui AS dan monopoli China ke atas mineral kritikal, sementara struktur eksport kami kekal terdedah kepada kejutan luar disebabkan pergantungan tinggi kepada negara-negara tertentu," katanya.
"Ketika kami berusaha sedaya upaya untuk memuktamadkan rundingan susulan dengan AS mengenai perjanjian tarif, kerajaan juga akan memperkukuh kerjasama strategik dengan AS, China dan Jepun serta mempelbagaikan rangkaian kerjasama Korea ke negara-negara di Selatan Global," tambahnya.
Mengenai usaha mencergaskan semula ekonomi yang perlahan, Kim berkata kerajaan merancang untuk menggalakkan integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri pembuatan.
"Kami menyasarkan untuk meningkatkan produktiviti sektor pembuatan sebanyak 30 peratus melalui rancangan penubuhan lebih 500 kilang AI menjelang 2030."
Kerajaan juga akan berusaha memudahkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan mewujudkan kompleks perindustrian khas yang dikuasakan sepenuhnya oleh sumber tenaga bersih mulai tahun depan, menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif AS
#Korea Selatan
#tarif adil
#ekonomi
#perdagangan global
#Kim Jung-kwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan